Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Besar Selangor kemuka konsep Lembah Klang Besar libat 4 bandar

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya sedang mengemukakan satu konsep Lembah Klang Besar, atau kawasan metropolitan yang terdiri daripada empat bandar di Selangor dalam tempoh kurang 10 tahun.



"Empat bandar ini ialah Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan diharapkan dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, termasuk Klang (yang merupakan sebuah majlis perbandaran pada masa ini).



"Konsep ini berdasarkan perkelompokan ekonomi, menumpukan kepada yang terbaik dan keunikan setiap kawasan.



"Ia juga merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, dengan empat bandar bersambung dalam satu negeri.



"Namun, akan ada keperluan untuk mengatur platform bersama dari segi pentadbiran dan melaksanakan penyelarasan tertentu di kalangan perkhidmatan bandar," jelasnya, lapor The Star.



Datuk Amirudin menyamakan idea Lembah Klang Besar sebagai lebih kepada satu gabungan bandar dan bukannya satu metropolis, kerana gabungan empat bandar raya di Selangor itu tidak memenuhi saiz penduduk dan keperluan lain sebagai sebuah metropolis.



"Ada beberapa cabaran yang perlu diperbaiki oleh majlis perbandaran Klang (sebelum ia boleh menjadi sebuah bandar raya).



"Beberapa bahagian di Klang masih terdiri daripada perkampungan tradisional dan terdapat keperluan untuk penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan bagi kawasan tersebut.



"Alangkah baiknya jika Kuala Lumpur dapat menyertai rangkaian ini, untuk meningkatkan dan mempromosi seluruh Lembah Klang sebagai kawasan yang menarik dan bertenaga," ujarnya.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua itu menambah, sekurang-kurangnya enam hingga tujuh tahun diperlukan bagi konsep Lembah Klang Besar itu menjadi kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >