Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Menteri Besar Terengganu dicanang sebagai calon Perdana Menteri

Dec 04, 2023 | 03:01 PM



KUALA TERENGGANU: Kemenangan besar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di kerusi Parlimen Kemaman dilihat memberikan pelbagai kesan kepada senario politik Malaysia di masa akan datang.


Dengan jumlah majoriti 37,220 undi, kemenangan pakar kejuruteraan aeroangkasa itu membuka ruang kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengetengahkan calon Perdana Menteri mereka sendiri pada masa hadapan dan bukan hanya semata-mata daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja.

Perkara ini dibangkitkan lagi oleh media Malaysia pada 3 Disember dengan penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, yang menyatakan pada awalnya naratif Dr Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri ini hanya dibawa semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, lapor Harian Metro.


“Saya fikir pada awalnya naratif di peringkat PRK ini sahaja. Tetapi sekarang (calon Perdana Menteri) ideal itu mungkin menjadi lebih besar pada masa akan datang,’‘ ujar DR Mazlan.

Naratif menaikkan Dr Ahmad Samsuri dimainkan media Malaysia bermula apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata calon Perikatan Nasional (PN), Dr Ahmad Samsuri, berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri masa depan.

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu itu sudah membuktikan kemampuannya dengan mentadbir negeri dengan baik. Sedangkan, dakwanya, kerajaan persekutuan yang ada sekarang melakukan jenayah rasuah dengan menyogok ahli parlimen supaya menyokong mereka.

“Sekiranya kita pilih calon mereka bermakna kita izinkan kerajaan melakukan rasuah secara terbuka dengan menggunakan wang kerajaan supaya dapat sokongan.

Ditanya kepada Dr Ahmad Samsuri sendiri pada 3 Disember, beliau menegaskan tidak pernah sesekali terlintas dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya rasa saya sudah jawab beberapa kali soalan itu termasuklah bila saya buat penggulungan di sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) tidak menjadi sasaran atau objektif saya untuk menyertai politik ini untuk menjawat jawatan yang sebegitu tinggi.

“Walaupun begitu, sekiranya pada satu masa nanti yang akan datang (apabila) diberi amanah oleh parti dan juga rakyat, saya akan pertimbangkan perkara itulah,” katanya

Malah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak menafikan Dr Ahmad Samsuri adalah calon Perdana Menteri pada masa depan.

Menurutnya, pemilihan Menteri Besar Terengganu itu sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman adalah salah satu langkah strategik yang diambil dalam memberikan gambaran kepada rakyat bahawa PN tidak ketandusan pemimpin berwibawa.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris, berkata tidak mustahil untuk Dr Ahmad Samsuri diangkat sebagai Perdana Menteri suatu masa nanti.

Datuk Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal berkata ia selari dengan kenyataan Pengerusi PN yang berkata gabungan tersebut tidak ketandusan pemimpin berwibawa.

Mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, berkata ia juga merupakan satu agenda memperkenalkan kepada negara bahawa PAS memiliki calon teknokrat yang sangat layak.

Ujarnya, dengan penampilan sulung sebagai Ahli Parlimen nanti akan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam negara ini melalui kewibawaannya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, pula berkata Dr Ahmad Samsuri mungkin boleh dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen jika naib presiden PAS itu memenuhi kriteria menjadi calon Perdana Menteri, katanya mengulas keyakinan PN merupakan antara calon perdana menteri gabungan itu pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >