Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pilihan raya kecil Kemaman: PAS letak MB Terengganu, diramal pertahan kerusi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pilihan raya kecil Kemaman: PAS letak MB Terengganu, diramal pertahan kerusi

Nov 17, 2023 | 01:44 PM



CHUKAI (Terengganu): Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, pada hari kelahirannya yang ke-53.


Naib Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu, yang dijangka dicabar calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (Bersara) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, diramal meniti laluan mudah untuk diangkat sebagai Ahli Parlimen Kemaman pada hari mengundi 2 Disember 2023.

“Saya tak tahu hadiah hari jadi atau tidak, tetapi masing-masing boleh buat tafsiran. Saya serah kepada semua buat tafsiran.

“Saya anggap ini sebagai satu cabaran tak kira kecil atau besar pun tugas, semua adalah cabaran masing-masing dan perlu mencari jalan bagaimana untuk melaksanakan,” katanya selepas majlis pengisytiharan itu di Arena Square, Kemaman pada Khamis, lapor Berita Harian Malaysia.


Pemilihan Dr Ahmad Samsuri bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum 2022 (PRU15) itu diumum timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada PRU15, Dr Ahmad Samsuri mempamer kecemerlangan apabila Terengganu di bawah pimpinannya melakar sejarah memenangi semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menyaksikan buat kali pertama negeri itu bebas pembangkang.

Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri berkata fokus utama setiap wakil rakyat pada pilihan raya DUN mahupun Parlimen ialah memberi khidmat terbaik.

“Tentu yang bezanya ialah daripada segi jumlah pengundi antara DUN dengan Parlimen, tetapi prinsipnya sama, iaitu memberi khidmat terbaik dan membawa permasalahan rakyat ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Ahli DUN Ru Rendang.

Sementara itu, pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkan calonnya untuk PRK Kemaman pada 13 November, yakin sokongan rakyat akan berpihak pada komponen itu kali ini.

“Kita sudah lihat latar belakang di Kemaman dalam PRU15. Biarpun BN tidak cukup 27,000 undi untuk menduduki kerusi Parlimen Kemaman, kita rasakan Kemaman bukan kubu kuat PAS.

“Tetapi (kemenangan PAS) disebabkan terjahan isu fitnah dan simbahan kebencian terhadap Umno dan BN, serta menggunakan sumber kewangan luar biasa pada ketika itu,” katanya, lapor BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >