Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri luar G-7 gesa masyarakat dunia kongsi misi elak krisis memburuk

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Menteri luar Kumpulan Tujuh (G-7) menggesa masyarakat antarabangsa supaya bersatu dalam responsnya terhadap krisis di Afghanistan untuk mencegah krisis itu daripada meningkat, kata menteri luar Britain, Encik Dominic Raab.



Dalam satu kenyataan kelmarin, beliau berkata penguasaan militan Taleban di Afghanistan pada hujung minggu lalu telah menyebabkan kekecohan dan mendorong ribuan orang awam dan askar negara itu mahu melarikan diri ke luar negara.



Ramai yang takut untuk kembali di bawah penguasaan dan pentafsiran tegar undang-undang Islam yang dikenakan semasa pemerintahan Taleban sebelumnya yang berakhir 20 tahun lalu.



"Kumpulan menteri G-7 menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama dengan misi bersama mencegah krisis di Afghanistan daripada meningkat," kata kenyataan Encik Raab selepas satu pertemuan menteri luar G-7.



Britain kini memegang kepimpinan bergilir G-7, yang juga merangkumi Amerika Syarikat, Italy, Perancis, Jerman, Jepun dan Canada.



"Krisis di Afghanistan memerlukan respons bersama antarabangsa termasuk penglibatan intensif terhadap soalan kritikal yang dihadapi Afghanistan dan serantau: dengan rakyat Afghanistan paling terkesan; pihak-pihak dalam konflik; Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); Kumpulan Negara 20 (G-20); penderma antarabangsa; dan negara jiran Afghanistan," kata kenyataan itu lagi.



Pada Rabu lalu, Britain mengatakan ia akan melipatgandakan bantuan kemanusiaan dan pembangunannya pada Afghanistan kepada 286 juta paun ($530 juta) tahun ini.



Secara berasingan, Encik Raab kelmarin berkata Britain dan Turkey kini bekerjasama di Afghanistan untuk memastikan pemindahan berterusan yang selamat bagi warga asing dan Afghanistan.



Beliau mengucapkan terima kasih kepada Turkey atas komitmennya untuk melindungi lapangan terbang Kabul bersama tentera Britain.



Sementara itu, presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengatakan pihak Taleban mesti memutuskan sama ada ia mahu diiktiraf masyarakat antarabangsa.



"Apakah mereka ingin diakui masyarakat antarabangsa sebagai pemerintah yang sah? Saya tidak pasti," kata Encik Biden dalam satu wawancara televisyen.



Penasihat Keselamatan Nasional Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, dalam wawancara dengan NBC News, menyebut keprihatinan Amerika mengenai "potensi serangan pengganas" oleh kumpulan pengganas seperti ISIS di tengah-tengah proses pengeluaran warga asing dan tempatan di Afghanistan.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, berkata hasrat Taleban bagi pengiktirafan antarabangsa adalah satu-satunya sebab Majlis Keselamatan boleh mendesak pembentukan satu pemerintah yang inklusif dan menghormati hak kemanusiaan, terutama bagi wanita, di Afghanistan.



Menteri Luar China, Encik Wang Yi, pula memberitahu Encik Raab dalam satu panggilan bahawa dunia harus membimbing dan menyokong Afghanistan ketika ia bergerak ke pemerintahan baru dan bukannya memberi lebih banyak tekanan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >