Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Luar Iran harap hubungan Teheran-Riyadh dapat dipulih

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



BEIRUT: Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amir-Abdollahian telah meluahkan harapan agar hubungan diplomatik antara Teheran dengan Riyadh boleh dipulihkan menerusi dialog antara kededua Iran dan Arab Saudi.



Saudi mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran pada Januari 2016, selepas kedutaannya di Teheran dan konsulat di Mashhad diserang oleh perusuh.



Serangan itu berlaku menyusuli perbuatan kerajaan Saudi menghukum mati pendakwa Shiah, Nimr al-Nimr.



Dalam ucapannya semasa melawat Lebanon, kelmarin, Encik Amir-Abdollahian berkata beliau berharap misi diplomatik atau kedutaan di Teheran dan Riyadh boleh dibuka semula, menyusuli dialog yang harus diteruskan oleh pemimpin kededua negara.



Beliau juga melahirkan rasa senang hati atas potensi pemulihan hubungan antara Syria dengan Turkey, selepas menteri pertahanan masing-masing bertemu bulan lalu.



Iran dan Saudi telah memberi sokongan kepada pihak yang bertentangan dalam beberapa konflik di Timur Tengah, termasuk di Syria.



Sejak April 2021, Iraq telah mengadakan beberapa pertemuan melibatkan Iran dan Saudi dalam usaha memulihkan hubungan.



Namun, pertemuan itu tidak lagi diadakan sejak beberapa bulan lalu dan tiada lagi pertemuan lain yang diumumkan sejak April 2022.



Iran berpengaruh politik di Lebanon dan Iraq, di mana ia memberi sokongan kepada kumpulan-kumpulan bersenjata.



Akhbar Al-Watan di Syria berkata Encik Hossein dijangka melawat Damascus pada hujung minggu ini, dengan hubungan antara Turkey dan Syria kian pulih.



Encik Hossein berkata:



"Kami senang hati kerana ada dialog antara Syria dengan Turkey."



"Kami percaya dialog ini akan memberikan kesan positif yang memanfaatkan kededua negara." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >