Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Saudi gesa Muslim "tunggu dulu sebelum buat rancangan tunai haji"

Apr 01, 2020 | 09:21 AM

RIYADH: Arab Saudi menggesa Muslim untuk menunggu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rancangan menunaikan ibadah haji tahun ini, sebelum adanya penjelasan lanjut tentang pandemik koronavirus yang telah telah meragut nyawa lebih 42,000 orang dari serata dunia sejauh ini.


Hal ini dinyatakan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Muhammad Salih bin Taher Banten, semasa diwawancara Al-Ekhbariya TV, semalam.


"Kami meminta dunia untuk tidak terburu-buru dalam soal rombongan haji sehingga keadaan penularan ini bertambah jelas, lebih memikirkan tentang keselamatan jemaah dan kesihatan awam sebagai satu keutamaan," kata Dr. Muhammad Salih.


"Kami telah menyelaras dengan Kementerian Kesihatan bagi lawatan pemeriksaan ke atas hotel-hotel yang akan digunakan untuk pengasingan kesihatan bagi memastikan setiap perkhidmatan dan penjagaan disediakan untuk jemaah," katanya lagi yang ditukil Arab News,

semalam.


Arab Saudi sejauh ini melaporkan 10 kematian dari sejumlah 1,563 kes koronavirus di negara itu, yang sejauh ini telah dijangkiti kira-kira 800,000 orang dan mengorbankan lebih 40,000 orang di seluruh dunia.


Kira-kira 2.5 juta orang membanjiri Makkah dan Madinah semasa musim ibadah haji saban tahun. - Reuters

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >