Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri sayap kanan Israel masuki kompleks Al-Aqsa

May 22, 2023 | 04:46 PM



BAITULMAQDIS: Menteri Keselamatan Negara Israel, Encik Itamar Ben-Gvir, sekali lagi mengundang kontroversi apabila beliau menceroboh masuk ke kawasan perkarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) pada Ahad.


Tindakan provokasi itu dilakukan tiga hari selepas Encik Ben-Gvir bersama ribuan ekstremis Yahudi berarak di Kota Lama sempena memperingati insiden Baitulmaqdis jatuh ke tangan Israel ketika Perang Enam Hari pada 1967.

“Baitulmaqdis adalah jiwa kami. Amaran Hamas tidak akan menghalang kami. Saya menuju ke Gunung Kuil,” katanya merujuk kepada panggilan Yahudi di kawasan suci tersebut.

Hamas yang mentadbir Genting Gaza mengecam tindakan itu selepas kritikan sama pernah dibuat pada Januari lalu.

“Rejim Zionis akan bertanggungjawab atas pencerobohan menteri ekstremis mereka bersama pelampau Yahudi. Tindakan biadab mereka mengancam kesucian al-Aqsa selain mempamerkan keangkuhan menteri berhaluan kanan itu,” tegas Hamas menerusi Telegram.

Jordan dalam satu kenyataan juga mengutuk tindakan provokatif melampau Encik Ben-Gvir yang disifatkan sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima dan berpotensi meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan.

“Ia adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa, status quo Baitulmaqdis dan tapak sucinya secara jelas,” kata jurucakap Kementerian Luar Amman, Encik Sinan Majali.

Dalam perkembangan lain, ahli politik kanan Israel dijadualkan mengadakan mesyuarat kabinet di Baitulmaqdis yang jarang berlaku selepas gencatan senjata dicapai pada 13 Mei lalu untuk menamatkan pertempuran rentas sempadan yang meragut 33 nyawa.

Pada Ahad, tiga warga Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataannya mengenal pasti tiga lelaki yang terbunuh di kem pelarian Balata di Nablus sebagai Encik Muhammad Abu Zaytoun, 32 tahun; Enck Fathi Abu Rizk, 30 tahun; dan Encik Abdullah Abu Hamdan, 24 tahun.

Tentera Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Briged Syuhada Al-Aqsa, sayap bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, berkata dalam satu kenyataan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah antara ‘pejuang’ kumpulan itu.

Insiden terbaru berlaku lebih seminggu selepas gencatan senjata Gaza berikutan konflik rentas sempadan lima hari antara Israel dengan kumpulan Jihad Islam.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin, 20 warga Israel dan masing-masing satu warga Ukraine dan Italy terbunuh dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestine.

Mangsa terkorban di pihak Palestin membabitkan pejuang dan orang awam dan di pihak Israel, tiga anggota minoriti Arab serta orang awam. — Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >