KUALA LUMPUR: Lebih baik bagi presiden Umno memegang aset dan wang parti dalam akaunnya sendiri daripada meletakkannya di bawah proksi, kata Ketua Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menteri perumahan, kerajaan tempatan dan kesejahteraan bandar itu berkata beliau lebih berkenan dengan cara itu kerana ia lebih menjamin keselamatan dibandingkan jika wang itu diletakkan dalam simpanan proksi.