Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menyingkap setahun peristiwa warnai 2023

Jan 2, 2024 | 5:30 AM
MUSNAH TERUK: Sebuah bangunan di bandar Antakya, Turkey, musnah akibat gempa bumi yang melanda negara itu pada Februari.
MUSNAH TERUK: Sebuah bangunan di bandar Antakya, Turkey, musnah akibat gempa bumi yang melanda negara itu pada Februari. - Foto REUTERS

Pada 2023 – adalah tahun yang akan tercatat dalam sejarah dengan dua peperangan besar – konflik yang berterusan di Ukraine kerana pencerobohan Russia dan tercetusnya keganasan baru di Timur Tengah antara Israel dengan kumpulan Hamas.

Pada Februari, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegar Turkey dan Syria, meruntuhkan bangunan kediaman penduduk – termasuk Encik Abdulalim Muaini, yang akhirnya diselamatkan.

Beliau dan keluarganya, adalah di antara lebih 54,000 orang yang kehilangan nyawa dalam bencana alam itu.

Satu lagi gempa bumi pada September membunuh lebih 2,900 orang di Maghribi.

Kebakaran hutan di selatan Eropah dan Canada pada Julai memusnahkan kediaman dan menyelubungi bandar dengan jerebu tebal.

Sementara di Amerika Latin, paras air merosot, mengancam mata pencarian ramai penduduk dan menjejas kehidupan ikan lumba-lumba di Sungai Amazon.

Ribut membawa hujan lebat ke California pada Mac, hampir menenggelamkan jalan raya.

Pertempuran antara kumpulan bersenjata dan serangan ke atas orang awam semakin rancak di timur Congo.

Terdapat satu siri baru pembunuhan, didorong oleh penghapusan kaum di Darfur, Sudan, dan kumpulan samseng mengambil alih sebahagian besar Haiti.

Situasi terdesak sedemikian menyebabkan ramai pelarian memulakan penghijrahan yang berisiko dengan harapan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Rakyat Venezuela sanggup menyabung nyawa duduk di atas bumbung gerabak kereta api untuk sampai ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico.

Sementara orang Afrika pula berangkat ke Eropah dengan bot, namun tidak semua daripada mereka berjaya.

Perbicaraan di mahkamah menjadi tajuk utama di Amerika – Encik Donald Trump, bekas presiden, terlibat dalam beberapa siri masalah undang-undang.

Pada 7 Oktober pula, Hamas memberontak di selatan Israel.

Pemerintah Israel mendakwa tindakan pentadbir Jaluran Gaza itu mengakibatkan lebih 1,400 orang terbunuh dan sekitar 240 dijadikan tebusan pada tarikh itu.

Sebagai tindakan balas, Israel melakukan serangan besar-besaran, mengebom Gaza dan melancarkan serangan darat, yang sejauh ini telah membunuh lebih 20,000 orang, menurut pihak berkuasa Gaza.

Walaupun perang dan kisah-kisah lain mengalihkan perhatian dari Ukraine, konflik negara itu masih berterusan dan berkecamuk.

Di tengah-tengah kematian dan perasaan putus asa, manusia masih mencari cara untuk mengingati dan meraikan berlalunya 2023.

Kanak-kanak mengambil bahagian dalam tradisi yang diturunkan daripada orang tua mereka – mempelajari hasil seni tangan kuno, berpakaian untuk majlis keagamaan, atau mengibarkan bendera pada pertabalan Raja Charles III pada Mei.

Sesetengah orang pula bergembira dengan bersukan. Ada menghadiri pesta dan melihat pameran seni.

Ada pula berenang atau meluncur, ada dalam kalangan mereka yang memperaga fesyen dan ada pula menyampaikan anugerah atau Oscar.

UFO menjadi topik berita hangat yang tidak disangka-sangka, kerana pendengaran berlaku di Amerika dan Mexico.

Ini setelah sesuatu muncul di langit di Amerika pada Februari.

Adakah ia burung? Adakah ia sebuah kapal terbang? Adakah ia makhluk angkasa lepas? Atau adakah ia belon pengintip?

Seorang jurugambar Reuters mengambil gambar objek yang hanyut ke pantai di Carolina Selatan selepas ia ditembak jatuh – antara sekian banyak perkara yang mewarnai dunia pada 2023. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg