Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Misi PBB di Nagorno - Karabakh dalam lawatan pertama sejak 30 tahun

Oct 02, 2023 | 02:54 PM



LACHIN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan lawatan ke Nagorno-Karabakh selepas hampir keseluruhan penduduk etnik-Armenia melarikan diri sejak Baku menawan semula kawasan pemisah itu.


Jurucakap presiden Azerbaijan menyatakan bahawa misi PBB tiba di Karabakh pada pagi Ahad untuk menilai keperluan dan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

Lawatan itu menandakan kali pertama dalam kira-kira 30 tahun badan antarabangsa tersebut mendapat akses ke rantau yang bergolak itu.

Dalam lawatan itu, misi PBB telah melawat pusat pemeriksaan di sempadan Karabakh dengan Armenia yang diketuai oleh Penyelaras PBB di Azerbaijan, Encik Vladanka Andreev.

Pemisah Armenia, yang telah menguasai wilayah itu selama tiga dekad, bersetuju untuk melucutkan senjata, membubarkan pemerintah mereka dan bergabung semula dengan Baku berikutan serangan Azerbaijan minggu lalu.

Keputusan tersebut memberi tamparan hebat kepada impian berabad-abad oleh orang Armenia untuk menyatukan semula apa yang mereka katakan sebagai tanah nenek moyang mereka.

Hampir kesemua 120,000 penduduk Karabakh telah melarikan diri dari wilayah itu pada hari-hari berikutnya dan sekali gus mencetuskan krisis pelarian.

Seorang wartawan AFP yang berada di persimpangan sempadan di sepanjang koridor Lachin yang menghubungkan Karabakh dengan Armenia, melihat hanya sebuah kereta tiba dari kawasan yang kini lengang.

Pemandu kereta tersebut, Encik Sergei Astsaryan, 40 tahun berkata bahawa beliau adalah antara warga Armenia terakhir meninggalkan wilayah itu.

“Saya tidak tahu ke mana hendak pergi, mungkin Eropah,” katanya sambil menambah orang-orang pelarian akan kembali jika Azerbaijan memberi jaminan dan bantuan.

“Saya telah bercakap dengan polis Azerbaijan dan mereka kata tidak akan ada masalah jika kami mahu kembali dan tinggal di rumah kami,” ujarnya.

Presiden Azerbaijan berkata khidmat bantuan penghijrahan di Baku mula beroperasi di bandar utama Karabakh, Khankendi (Stepanakert dalam bahasa Armenia) untuk mendaftarkan penduduk Armenia dan memastikan mereka “terlibat dalam penyatuan semula yang mampan... ke dalam masyarakat Azerbaijan”.

Pejabat presiden menyatakan bahawa pemerintah pusat telah mula menyediakan perkhidmatan perubatan yang sesuai di bandar Khankendi.

Encik Nazeli Baghdasaryan, jurucakap perdana menteri Armenia, menyatakan bahawa pengangkutan untuk mereka yang dipindahkan secara paksa dari Karabakh hampir tamat apabila 100,514 pelarian tiba di Armenia menjelang petang Ahad.

Beliau berkata 47,322 pelarian kini berada di tempat tinggal sementara. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >