Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mogok pembaharuan pencen ancam ganggu pengangkutan awam Perancis

Mar 7, 2023 | 5:30 AM
BANTAH PEKERJA: Poster slogan 'Bersara pada 60 tahun' kesatuan CGT menyeru pekerja mogok dan tunjuk perasaan membantah pembaharuan sistem pencen pemerintah Perancis di Bouguenais, dekat Nantes, pada 3 Mac. - Foto REUTERS
BANTAH PEKERJA: Poster slogan 'Bersara pada 60 tahun' kesatuan CGT menyeru pekerja mogok dan tunjuk perasaan membantah pembaharuan sistem pencen pemerintah Perancis di Bouguenais, dekat Nantes, pada 3 Mac. - Foto REUTERS -

PARIS: Bantahan oleh pekerja Perancis berhubung pembaharuan sistem pencen dijangka mengakibatkan gangguan teruk sekali lagi ke atas pengangkutan awam pada 7 Mac, kata menteri pengangkutan dan beberapa pihak berkuasa pengangkutan awam pada 5 Mac.

Buat kali keenam sejak awal tahun ini, kesatuan sekerja menggesa pekerja menjalankan mogok dan bantahan di seluruh negara, bagi mengulangi penyertaan tinggi bantahan pertama pada 19 Januari, apabila lebih sejuta orang berarak menentang pembaharuan sistem pencen.

"Akan ada kesan yang sangat kuat," kata Menteri Pengangkutan Perancis, Encik Clement Beaune, dalam satu temu bual bersama stesen televisyen France 3, sambil menambah bahawa beliau menjangka mogok itu menjadi "antara yang paling sukar" bagi pelancong sejak permulaan bantahan.

"Ia akan menjadi kerumitan besar bagai ramai orang," katanya.

Beberapa kesatuan, seperti CGT, menggesa mogok berterusan di kilang penapisan dan di tapak pengendali kereta api nasional, SNCF.

"Kami sedang meningkatkan langkah bantahan," kata ketua CGT, Encik Philippe Martinez, kepada mingguan Perancis JDD.

"Bola kini berada di mahkamah presiden. Terpulang pada beliau untuk menarik balik pembaharuan ini," katanya merujuk kepada Presiden Emmanuel Macron.

Encik Macron mendesak pembaharuan itu, yang akan meningkatkan umur persaraan minimum daripada 62 kepada 64, dengan mengatakan ia penting untuk mengelakkan keruntuhan sistem pencen negara.

Mogok itu telah mengekang penjanaan kuasa di beberapa loji nuklear EDF. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg