Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Moscow tegas tiada gencatan senjata Hari Natal

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Moscow menegaskan tidak ada rancangan melaksanakan "gencatan senjata" semasa Hari Natal - hampir selepas 10 bulan berperang dengan Ukraine. Ini meskipun selepas pembebasan puluhan tahanan termasuk seorang warga Amerika Syarikat yang memberi gambaran kedua-dua pihak masih kekal berhubungan.



Russia dan Ukraine pada masa ini tidak terlibat dalam sebarang rundingan bagi menamatkan peperangan, yang kini berlaku di timur dan selatan.



Puluhan ribu orang telah terbunuh, manakala jutaan lagi kehilangan tempat tinggal dan kota serta bandar Ukraine musnah teruk sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu.



"Tidak ada ketenangan di barisan depan," kata Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, semasa dalam ucapan harian petangnya, sambil memperinci kemusnahan yang dilakukan Moscow ke atas bandar di timur negara itu dengan menggunakan meriam, "agar hanya kemusnahan dan kawah" yang tinggal.



Encik Zelensky berkata minggu ini, Russia harus mula mengundurkan tenteranya menjelang Krismas sebagai langkah menghentikan pertikaian, yang terbesar berlaku di Eropah sejak berakhirnya Perang Dunia II.



Moscow, bagaimanapun, menolak bulat-bulat usulan itu, menyatakan Ukraine mesti dengan menerima kehilangan wilayahnya kepada Russia sebelum sebarang kemajuan dapat dicapai.



Meskipun kurangnya perbincangan tentang keamanan, ratusan tahanan telah dibebaskan dalam satu usaha pertukaran bantuan yang diadakan dalam beberapa minggu lalu.



Pembebasan itu - berserta kemajuan dalam perbincangan bagi menyambung semula eksport Russia - merupakan bahan yang ada dalam baja - dan melanjutkan juga perjanjian bijiran, dengan itu menunjukkan kedua-dua pihak sekurang-kurangnya masih mengekalkan hubungan, yang terbatas, di beberapa peringkat.



Pertukaran berpuluh tahanan itu termasuklah seorang warga Amerika, menurut Kyiv dan Washington, kelmarin.



Ketua pentadbiran kepresidenan Ukraine, Encik Andriy Yermak, mengenal pasti warga itu sebagai Encik Suedi Murekezi, yang katanya telah "membantu orang kita" sebelum ditahan pihak Russia.



Akhbar Washington Post melaporkan bahawa Encik Murekezi adalah anggota veteran Pasukan Tentera Udara Amerika yang dilahirkan di Uganda.



Jurucakap keselamatan nasional Amerika di Rumah Putih, Encik John Kirby, tidak menamakan warga Amerika yang dibebeaskan itu, dan menyatakan ia melibatkan soal privasi.



Encik Zelensky minggu lalu menyatakan ancaman alam sekitar berpunca peperangan oleh Russia akan menjejaskan hidup jutaan manusia selama beberapa tahun.



Justeru, beliau menyarankan agar New Zealand mengambil alih kepimpinan dalam diplomasi untuk menangani sebarang ancaman kemusnahan.



Bercakap kepada Parlimen New Zealand apabila menjadi pemimpin asing kedua berbuat demikian, beliau menerusi pautan video dari Ukraine mendakwa serangan Russia mencemarkan lautan negaranya dan hutan seluas tiga juta hektar.



"Puluhan sungai tercemar, ratusan lombong arang banjir ditenggelami air, puluhan perusahaan paling berbahaya, termasuk kimia musnah akibat serangan Russia.



"Semua ini... akan memberi kesan langsung kepada berjuta-juta orang," katanya yang merujuk kebocoran bahan kimia berbahaya dan pencemaran daripada lombong dan peluru. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >