Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia bakal bentang pelan pemulihan Covid-19

Jun 14, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara dalam masa satu minggu akan datang sebagai persiapan untuk negara itu keluar daripada krisis Covid-19.



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 'strategi keluar' itu berdasarkan data, sains dan persiapan yang diraih daripada pengurusan pandemik, ekonomi dan program vaksinasi negara.



Menurut Berita Harian Malaysia, Tan Sri Muhyiddin akan membentangkan rancangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).



"Menteri-menteri utama sudah duduk membentangkan perkara itu secara kasar dan pada dasarnya, ia baik tetapi perlu diperhalusi. Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu 'strategi keluar' atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar dari masalah ini, tetapi ini adalah cabaran yang besar bergantung pada kerjasama dan sokongan semua pihak," katanya kepada wartawan selepas mengunjungi klinik vaksinasi bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Johor, Bandar Tun Razak, di Kuala Lumpur, semalam.



Beliau berkata strategi keluar itu akan dibentangkan kepada rakyat secara berperingkat sehingga usaha kerajaan dalam melandaikan jangkitan Covid-19 dan pemulihan semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >