Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia dalam proses batalkan keputusan akhir tuntutan kumpulan Sulu ke atas Sabah

Sep 26, 2023 | 02:27 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mengakhiri perjuangan sekian lama terhadap tuntutan kumpulan Sulu ke atas Sabah, berikutan ia kini dalam proses mendapatkan pembatalan keputusan akhir yang dikeluarkan penimbang tara Sepanyol di Mahkamah Rayuan Paris.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sebaik proses membatalkan anugerah akhir AS$14.9 bilion ($20.39 bilion) itu diberi, ia menandakan tuntutan kumpulan Sulu akan ditamatkan berikutan asas tuntutan tidak lagi wujud.

“Ini bukan sahaja demi kepentingan Malaysia tetapi juga negara lain, masyarakat penimbang tara antarabangsa, perniagaan, pelabur dan pembiaya pihak ketiga,” katanya dipetik Berita Harian Malaysia dalam ucaptama pada ‘Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial’ di London, pada Isnin.


Menurut beliau dalam kes penipuan membabitkan Sulu, individu yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu telah cuba memeras ugut Malaysia sebanyak AS$14.9 bilion, atau kira-kira RM62.59 bilion, dengan pembiayaan litigasi oleh pihak ketiga iaitu Therium.

Jun lalu, keputusan Mahkamah Rayuan Paris menolak penguatkuasaan ‘partial award’ Kumpulan Sulu memberi kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan kedaulatan negara ini.

Berikutan itu, Mahkamah Rayuan Paris menolak mandat mahkamah timbang tara yang menuntut Malaysia membayar jumlah wang kepada pihak yang menuntut.

Datuk Azalina berkata kemenangan Malaysia di Paris dan The Hague ke atas kes Sulu adalah susulan tindakan tanpa henti Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hasilnya, kita memperoleh kemenangan penting di Paris dan The Hague untuk Malaysia serta perkembangan positif lain dalam prosiding berterusan berkaitan tuntutan kumpulan Sulu.

“Perdana Menteri turut menerajui usaha hubungan antarabangsa dan diplomasi dengan memupuk kerjasama ke arah membentuk amalan terbaik dalam timbang tara dan pembiayaan perundangan oleh pihak ketiga,” katanya.

Susulan kes kumpulan Sulu, Datuk Azalina berkata masanya adalah tepat bagi tindakan penimbang tara dan pengawasan pembiaya perundangan pihak ketiga termasuk berkaitan ketelusan dikaji semula.

“Malaysia sudah menghabiskan banyak masa, usaha dan sumber untuk mempertahankan negara daripada dakwaan remeh penipuan kumpulan Sulu di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,” katanya.

Datuk Azalina berkata Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Pusat Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS) Universiti London bagi memupuk aktiviti pengajaran dan penyelidikan berkaitan pertikaian, sejajar amalan terbaik antarabangsa.

Katanya, Malaysia menggalakkan perkara itu sejak awal dan menyokong timbang tara sebagai penyelesaian pertikaian pilihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >