CYBERJAYA: MALAYSIA dianggarkan kehilangan kira-kira RM70 bilion ($20.9 bilion) setiap tahun dalam bentuk hasil cukai daripada aktiviti perniagaan yang tidak didaftarkan dan kegiatan haram, dikenali sebagai ekonomi bayangan.
Jumlah itu kira-kira 20 peratus daripada anggaran keseluruhan pendapatan ekonomi bayangan bernilai RM350 bilion setahun. Nilai itu adalah 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
Ekonomi bayangan yang turut dikenali sebagai ekonomi bawah tanah berkait dengan hasil kegiatan jenayah, seperti penyeludupan tembakau, dadah, pelacuran, perjudian, pemalsuan pasport serta pemerdagangan manusia.
Ia juga termasuk sektor formal tidak didaftarkan seperti perniagaan dalam talian, pempengaruh, urus niaga tunai tanpa rekod (cash economy) dan pekerja sambilan yang tidak melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) menganggarkan saiz ekonomi bayangan Malaysia secara purata 33.7 peratus daripada GDP antara 1990 hingga 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata masalah ekonomi bayangan tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, sebaliknya impak aktiviti terbabit hanya mampu diminimumkan menerusi peruntukan perundangan. – BHM
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
28
0
M’sia hilang RM70b hasil cukai setiap tahun
May 03, 2023 | 04:10 PM