Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

M'sia, Indonesia sepakat tangani isu kepentingan bersama

Perdana Menteri M'sia adakan lawatan rasmi pertama ke luar negara
Feb 06, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat dalam beberapa isu utama melibatkan kepentingan dua hala menyusuli lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ke Indonesia semalam.



Ketibaan Tan Sri Muhyiddin tiba di Istana Merdeka kira-kira 11.30 pagi disambut Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo.



Semasa pertemuan empat mata, kedua-dua pemimpin antara lain membincangkan isu berkaitan diskriminasi minyak sawit, masalah jerebu, potensi pelaburan dan perdagangan usaha sama, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) serta kerjasama dalam menangani Covid-19.



Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin dibawa berarak melalui Monumen Nasional bersama rombongan pancaragam dan kumpulan yang memakai pakaian tradisi daripada daerah dan wilayah Indonesia.



Lawatan rasmi itu adalah yang pertama bagi Tan Sri Muhyiddin ke luar negara sejak memegang jawatan Mac tahun lalu dan menjadi tradisi, Indonesia lokasi pertama akan dikunjungi Perdana Menteri Malaysia.



Sebaik tiba, lagu kebangsaan Malaysia 'Negaraku' dan lagu kebangsaan Indonesia dialunkan.



Tan Sri Muhyiddin kemudian memeriksa kawalan kehormatan diiringi Presiden itu yang lebih dikenali dengan panggilan 'Jokowi' itu.



Selesai itu, Tan Sri Muhyiddin dan Encik Jokowi memperkenalkan delegasi masing-masing.



Tan Sri Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini pada jam 4.30 petang kelmarin (waktu tempatan).



Ketibaan mereka kelmarin disambut Menteri Dalam Negeri Indonesia, Encik Tito Karnavian; Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar.



Semalam Tan Sri Muhyiddin menandatangani buku lawatan rasmi sebelum menghadiri mesyuarat secara bersemuka empat mata.



Mesyuarat berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard pencegahan Covid-19 yang ketat.



Kedua-dua pemimpin berkenaan dijangka mengadakan sidang media bersama sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Baiturrahim di kompleks istana, tengah hari semalam.



Lawatan ini menyediakan peluang bagi kedua-dua pemimpin mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama kedua-dua negara.



Ia juga akan membolehkan Malaysia mengetengahkan dasar terbaru kerajaan dan pendiriannya terutama berhubung isu yang memberi manfaat bersama.



Wisma Putra dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, program lawatan ini telah diringkaskan dan hanya disertai delegasi kecil yang diwajibkan menjalani ujian Covid-19, selain membabitkan individu yang tidak bergejala dan disahkan negatif 48 jam sebelum berlepas.



"Muhyiddin mendapat jemputan khas untuk mengadakan lawatan rasmi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri pada Mac 2020," menurut kenyataan Wisma Putra itu.



Presiden Jokowi akan menjadi hos acara jamuan makan tengah hari rasmi sempena lawatan perdana menteri bersama rombongan kecilnya di Istana Negara di sini, dengan pematuhan SOP yang ketat.



Tan Sri Muhyiddin yang tiba di Jakarta jam 4.30 petang kelmarin, akan menamatkan lawatan rasminya dalam tempoh kurang 24 jam.



Lawatan ini diadakan atas undangan Presiden Indonesia.



Selepas pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin, Presiden Jokowi berkata menteri luar negeri kedua-dua negara telah diminta untuk berbincang dengan Brunei, selaku pengerusi Asean, supaya mengadakan mesyuarat khas mengenai Myanmar.



Tan Sri Muhyiddin menyifatkan kudeta di Myanmar itu sebagai "satu langkah kebelakang dalam proses demokrasi" di negara tersebut.



Kededua pemimpin Indonesia dan Malaysia, negara pengeluar minyak sawit terkemuka di dunia, juga mengulangi komitmen mereka untuk membasmi "diskriminasi" terhadap minyak sawit.



Encik Jokowi, dalam ucapannya berkata adalah "optimum" bagi kedua-dua negara untuk bekerjasama memerangi diskriminasi minyak sawit, sementara Tan Sri Muhyiddin pula berkata kempen anti minyak sawit di Eropah telah memberi gambaran salah mengenai industri tersebut.



Reuters melaporkan bulan lalu bahawa Indonesia dan Malaysia sedang meneroka mendapatkan khidmat firma advokasi untuk mengatasi kritikan terhadap minyak tersebut.



Encik Jokowi dan Tan Sri Muhyiddin juga berkata mereka akan membincangkan lebih jauh kesepakatan untuk mengizinkan perjalanan rasmi dan perniagaan antara negara mereka di tengah wabak koronavirus, dan mengatakan isu umat Islam Rohingya juga telah dibincangkan. - BHM, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >