Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia, Indonesia tekad mahu hurai isu tertangguh

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



BOGOR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi) sepakat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.



Kedua-dua pemimpin itu juga bertekad untuk segera menyelesaikan beberapa isu berbangkit yang belum ditangani, antaranya isu tenaga kerja Indonesia dan pendidikan anak mereka di Malaysia, penyelarasan pengambilan pekerja dan persempadanan.



Datuk Anwar tiba di Istana Bogor sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu yang masuk hari kedua semalam.



Ketibaan beliau disambut Encik Jokowi dalam program yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Indonesia Raya disusuli 19 das tembakan tanda penghormatan.



Dalam kenyataan bersama selepas pertemuan di Istana Bogor semalam, Datuk Anwar dan Encik Jokowi juga sepakat untuk membincangkan pelbagai perkara yang belum diberi kata putus, diselesaikan segera dan perjanjian ditandatangani tahun ini.



Datuk Anwar memberi komitmen memastikan isu perlindungan terhadap pekerja dari Indonesia diberi keutamaan selain berusaha memastikan urusan kemasukan pekerja dari Indonesia dipermudahkan.



"Kita akan berusaha menghindari isu-isu yang boleh merenggang dan meretakkan hubungan kerana saya mahu hubungan Malaysia dan Indonesia kekal istimewa.



"Soal Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ini mengguris perasaan ramai rakyat Indonesia bukan hanya pemerintah, dan saya tahu benar kerana saya pernah berada di penjara yang sama, mendengar kesan yang dialami mereka akibat disebat dengan cambuk. Saya fikir ini tidak berperikemanusiaan, dan pada tahun 2022 sebatan menggunakan cambuk sudah dihentikan.



"Tetapi itu bukan penyelesaiannya. Penyelesaian perkara ini harus menyeluruh supaya nasib pekerja dapat dibela.



"Agensi pekerja harus memudahkan proses, tidak mengambil keuntungan berlebihan hingga memberi tekanan kepada pekerja dan digitalisasi unit ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan kerenah birokrasi dan mengurangkan penggunaan ejen," katanya.



Sebelum itu, kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan di beranda Istana Bogor selepas Datuk Anwar diberikan sambutan negara.



Beliau juga menyaksikan pertukaran sembilan memorandum persefahaman (MOU) melibatkan syarikat Malaysia bagi pelbagai projek dan kerjasama selain sesi penyerahan surat hasrat (LOI).



Ia termasuklah MOU melibatkan ASIC Offshore & Marine & Marine Sdn Bhd dan PT Dok dan Perkapalan Kodja Bahari yang dianggarkan bernilai lebih RM500 juta dalam usaha selama dua tahun.



Dua syarikat tersebut berhasrat mendapatkan bahagian pasaran bagi segmen kejuruteraan, pembinaan kapal, baik pulih kapal dan pelaburan kewangan bagi instrumen.



Selain itu, ia juga bekerjasama dalam kemudahan pengeluaran, kejuruteraan daratan dan luar pesisir, fabrikasi selain pembinaan kapal perniagaan dan pembaikan kapal dari syarikat perkapalan negara itu dalam rantau Indonesia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >