Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia kesan kes Omicron pertama, VTL dengan S'pura diteruskan

Dec 03, 2021 | 04:10 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengesan kes pertama varian koronavirus Omicron tetapi menteri kesihatannya berkata skim  Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) antara negara itu dengan Singapura akan diteruskan.


Varian itu dikenal pasti pada seorang wanita berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November, kata Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, dalam satu taklimat pada Jumaat (3 Dis).


Beliau merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak, dan telah menerima vaksinasi Covid-19, katanya.


Pelajar itu telah dikuarantin selama 10 hari hingga 29 November.


Pihak berkuasa telah menguji semula sampel positif terdahulu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Omicron sebagai varian membimbangkan pada 24 November, kata Encik Khairy.


Lima orang lain yang berkongsi kenderaan dengan wanita itu sebelum beliau dikuarantin semuanya disahkan negatif.


"Adalah penting untuk mengambil kira bahawa kes ini datang ke Malaysia pada 19 November sebelum Afrika Selatan melaporkan kes pertama kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia," katanya.


"Selepas kami mengetahui tentang Omicron, kami kembali melakukan ujian genomik ke atas semua kes positif dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur antara 11 dengan 28 November. Begitulah kami mengesan kes itu."


Pihak berkuasa, bagaimanapun, telah meminta pelajar itu bersama lapan kenalan rapatnya untuk menjalani ujian lanjut selepas sampel ujian awalnya disahkan sebagai varian baru itu, tambah Encik Khairy.


Semakin banyak negara melaporkan kes varian Omicron, yang menurut WHO membawa risiko yang sangat tinggi untuk menyebabkan lonjakan jangkitan.


Singapura mengesahkan dua kes import pada Khamis.


Minggu ini, Malaysia melarang sementara kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika Selatan yang telah melaporkan kehadiran varian itu atau dianggap berisiko tinggi.


Malaysia dan Singapura pada Isnin membuka lorong perjalanan yang divaksin darat dan udara, dan merancang untuk membuka semula sempadan mereka apabila jangkitan harian menurun.


Malaysia akan mengekalkan laluan perjalanannya dengan Singapura buat masa ini, kata Encik Khairy.


"Saya telah bercakap dengan rakan sejawatan saya di Singapura pagi ini... dan kami menegaskan semula bahawa VTL akan diteruskan. Kami akan terus mengemas kini satu sama lain setiap hari dan menyelaraskan respons kami dengan sewajarnya."


Encik Khairy mengulangi bahawa Malaysia akan segera mengenakan sekatan lanjut, termasuk ujian tambahan untuk pengunjung yang telah divaksin dari Singapura, yang dibenarkan memasuki Malaysia tanpa kuarantin.


Encik Khairy berkata pada Rabu bahawa pengunjung yang memasuki Malaysia melalui VTL dikehendaki mengambil ujian pantas antigen (ART) Covid-19 tambahan pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan mereka. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >