Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia komited dorong pelaburan domestik bagi rangsang pembangunan seimbang: Anwar

Aug 23, 2023 | 02:31 PM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia komited untuk sentiasa mengimbangi pelaburan asing secara langsung (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) bagi merangsang pembangunan yang lestari dan seimbang di seluruh negara.


Bagi mencapai tujuan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan menetapkan DDI sebagai antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menjana jumlah pelaburan negara.

Menurut beliau, pelaburan DDI yang strategik berpotensi untuk menarik lebih FDI kerana pelabur asing sentiasa menganggap DDI sebagai penanda aras bagi keyakinan dan komitmen pelabur domestik terhadap dasar kerajaan bagi memantapkan landskap pelaburan dan perniagaan negara.

Katanya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai daya usaha bagi menggalakkan peningkatan DDI, namun berpendapat bahawa usaha meningkatkan DDI perlu lebih menyeluruh.

“Justeru, langkah ini adalah usaha kerajaan untuk merancakkan landskap pelaburan negara.

“Kewujudan ekosistem perindustrian domestik secara lebih strategik amat penting, bukan sahaja bagi menjana pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) yang mampan, bahkan juga memperkasa ekosistem ekonomi domestik dalam menghadapi pelbagai cabaran global, termasuk ancaman perubahan iklim serta pelbagai cabaran pasca pandemik dan geopolitk yang menyebabkan rantaian bekalan terganggu, harga bahan mentah meningkat dan kadar inflasi global yang tinggi,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Anwar sebelum itu menghadiri Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara Kedua (MPN/02/2023) di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Menterinya, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kata Datuk Anwar, mesyuarat MPN juga menekankan salah satu mesej Ekonomi Madani yang diumumkan pada 27 Julai lalu iaitu mengenai betapa pentingnya kerjasama dan pembabitan strategik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperkasakan DDI.

“Secara keseluruhannya, GLIC hari ini mengurus aset pelaburan bernilai lebih RM1.7 trilion dan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bagi memacu pembangunan prasarana kritikal, dan membolehkan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi baru, malah bagi membantu menarik pelabur asing ke Malaysia.

“MPN mengakui bahawa DDI dan FDI mempunyai kebergantungan antara satu sama lain dan saling melengkapi. FDI penting bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi manakala DDI penting bagi memperkukuhkan ekonomi negara,” katanya.

Datuk Anwar berkata, walaupun beberapa kajian telah mengesahkan faedah FDI kepada negara, pemerkasaan pelaburan domestik bermutu tinggi adalah sama penting dan mesti terus dipermudah dalam memacu ekonomi negara sekali gus mengembangkan struktur rantaian industri, terutamanya pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Bagi 2022, sejumlah RM267.7 bilion pelaburan daripada 4,517 projek yang diluluskan daripada pelbagai sektor ekonomi (sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama) di Malaysia akan menjana 140,440 peluang pekerjaan.


“DDI menyumbang sebanyak RM104.4 bilion (38.9 peratus) kepada jumlah ini. Manakala bagi suku pertama 2023, nisbah FDI:DDI adalah 52.5 peratus bagi FDI dan 47.5 peratus (DDI), dari komitmen pelaburan berjumlah RM71.4 bilion (peningkatan 59.7 peratus tahun ke tahun.)


“Peningkatan nisbah DDI mencerminkan peningkatan keyakinan syarikat dan perniagaan tempatan terhadap dasar kerajaan semasa,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >