Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia komited tangani jenayah kewangan

Aug 24, 2023 | 12:17 PM
PERKASA TATAKELOLA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat bersama ketua jabatan dan agensi berkait jenayah kewangan di Kementerian Kewangan.
PERKASA TATAKELOLA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat bersama ketua jabatan dan agensi berkait jenayah kewangan di Kementerian Kewangan. - FACEBOOK/DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Agenda meningkatkan tatakelola akan menjadi keutamaan kerajaan Malaysia, sebagai antara satu faktor penting untuk menangani isu membabitkan jenayah kewangan di negara itu.

Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pemerkasaan tatakelola penting untuk menangani isu ketirisan dan pembaziran, menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan, selain menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.

Beliau berkata, Malaysia dianggar mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion ($1.46 bilion) setahun, manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.

“Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, saya arahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif.

“Amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa.

“Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) perlu menambahbaik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan usai mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa yang berkait dengan jenayah kewangan pada Rabu.

Datuk Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi yang bertungkus lumus untuk memerangi dan menumpaskan jenayah itu.

“Saya juga menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini.

“Adalah menjadi harapan besar buat saya dan seluruh rakyat Malaysia agar semua warga dan anggota agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg