Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

M'sia lulus projek naik taraf imigresen Johor bernilai lebih $220j

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia telah meluluskan projek bagi menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar bernilai RM741.3 juta ($221.56 juta).



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor, pada Isnin.



Beliau berkata Datuk Ahmad turut mengumumkan daripada nilai tersebut, sebanyak RM96.2 juta adalah peruntukan untuk tahun ini, lapor agensi Bernama.



"Syukur alhamdulillah, hasrat kerajaan negeri Johor yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menambah lorong M-Bike motosikal juga diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM27.7 juta



"Beberapa kertas kerja telah dibincangkan, antaranya ialah projek-projek yang sedang berjalan serta inisiatif yang akan, sedang dan telah dilaksanakan yang dijangka akan memberikan impak positif," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.



Encik Mohamad Fazli berkata penambahan sebanyak 25 lorong keluar dari Malaysia dan 25 lorong masuk ke dalam negara akan menjadikan tambahan sebanyak 50 lorong baru berbanding 100 lorong sedia ada.



"Dijangkakan dengan jumlah keseluruhan 150 lorong M-bike keluar dan masuk ke Johor ini, kesesakan dapat dikurangkan secara optimum.



"Semoga usaha dan kerja keras serta kerjasama erat kerajaan negeri dan pusat ini dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan yang selama ini membelenggu rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura," katanya.



Terdahulu, Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor bercadang untuk melaksanakan beberapa inisiatif baru melibatkan peruntukan kira-kira RM64.2 juta.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas pada Isnin dan kesemua cadangan berkenaan akan dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.



Jelas beliau, antara inisiatif baru yang dibincangkan ialah penggabungan dewan penumpang bas di Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah dengan anggaran kos RM25 juta.



Beliau memaklumkan di laman Facebook pada Selasa, mesyuarat khas itu juga turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Muhammad Alamin.



Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin; dan beberapa wakil kementerian serta agensi berkaitan.



Tambah Datuk Fadillah, mesyuarat khas itu juga bersetuju dengan cadangan mewujudkan 'Single Entry Point' di sempadan Malaysia dan Singapura.



"Jika dipersetujui, maka jawatankuasa teknikal akan dibentuk untuk berbincang dengan Singapura sama ada cadangan ini boleh dilaksanakan ataupun tidak kerana ia memerlukan perubahan dari segi perundangan dan perlu mendapat persetujuan serta kerjasama pihak Singapura.



"Pada masa sama, mesyuarat turut mengambil maklum mengenai status Pelaksanaan Penubuhan Agensi Tunggal Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk sebagai salah satu inisiatif jangka panjang meningkatkan kecekapan pengurusan di pintu masuk negara.



"Kerajaan menjangkakan SBA akan mula dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2024," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >