Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia mungkin tangguh ibadah umrah

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perjalanan ibadah umrah ke Arab Saudi mungkin ditangguhkan jika varian koronavirus Covid-19 Omicron menular semakin teruk di sana, atau jangkitan semakin meningkat dalam kalangan jemaah Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin.



Pada masa sekarang, Kementerian Kesihatan (KKM) belum bercadang menyekat rakyat Malaysia mengerjakan umrah, walaupun terdapat peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah yang pulang daripada melaksanakan ibadah itu.



Encik Khairy berkata jemaah umrah yang baru pulang ke tanah air juga akan dikuarantin di kemudahan yang diiktiraf kerajaan - bukan seperti sekarang iaitu dibenarkan menjalani pengasingan diri di rumah dan memakai penjejak digital sepanjang tempoh kuarantin mereka.



KKM akan memantau trend penularan kes Omicron di Saudi sebelum sebarang keputusan lanjut mengenainya dimuktamadkan secara berperingkat.



"Sekiranya keadaan di Arab Saudi bertambah buruk dan jika penularan Omicron daripada mereka yang pulang dari umrah nanti berada pada tahap agak membimbangkan, maka kita ada langkah tambahan lagi iaitu dikuarantin di stesen kuarantin dan, jika perlu kita tangguhkan umrah dulu," katanya pada pihak akhbar kelmarin.



Namun Encik Khairy menegaskan bahawa langkah menangguhkan umrah itu hanyalah langkah terakhir dan keadaan semasa masih belum mencapai tahap itu.



"Kami akan kaji selangkah demi selangkah. Kami akan ambil tindakan pencegahan tetapi tidak sehingga tahap di mana kami perlu membuat keputusan terburu-buru.



"Kami masih memantau keadaan, kami akan meningkatkan langkah berjaga-jaga," katanya.



Encik Khairy juga memaklumkan bahawa KKM akan mengingatkan agensi pelancongan yang berkaitan untuk memastikan pengembara atau jemaah Malaysia yang menuju ke Saudi supaya menerima suntikan penggalak vaksin Covid-19 mereka sebelum berlepas.



Sekembali ke tanah air, beliau berkata pengembara juga digalak menjalankan ujian kendiri setiap hari sepanjang tempoh kuarantin mereka kerana kebanyakan mereka yang pada awalnya negatif sebelum berlepas dan apabila tiba, hanya diuji positif pada hari kelima.



"Sekarang ini kita sudah minta (jemaah yang pulang daripada mengerjakan umrah) dipakaikan peranti digital. Kuarantin di rumah masih dibenarkan tetapi mereka digalakkan untuk menjalani ujian kendiri setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.



"Ini kerana, ada kes yang hanya dikenal pasti positif selepas beberapa hari mereka pulang daripada mengerjakan umrah," katanya.



"Ini sesuatu yang baru yang kita belajar tentang Omicron sekarang."



Sementara itu, Encik Khairy juga menyatakan KKM juga menasihatkan rakyat Malaysia berkaitan melakukan perjalanan yang tidak penting ke mana-mana daripada 18 negara yang disenaraikan sebagai berisiko tinggi, kerana keadaan di sana adalah "sangat, sangat berisiko dan sangat, sangat bahaya".



Beliau turut menasihati mereka yang bercadang mahu melawat rakan dan keluarga sempena sambutan Tahun Baru supaya menjalankan ujian diri terlebih dahulu.



"Omicron ada di sini. Apa yang kami mahu lakukan ialah memperlahankan penularan Omicron," tambahnya. - Malay Mail, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >