Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia perintah waktu lebih singkat bagi perniagaan dalam usaha lawan Covid-19

May 22, 2021 | 07:34 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Sabtu (22 Mei) memerintahkan pusat membeli-belah, restoran dan kedai supaya beroperasi pada waktu lebih singkat mulai Selasa ini (25 Mei), sedang kerajaan mengambil beberapa langkah dalam usahanya mengekang kenaikan besar kes jangkitan dan kematian berkaitan Covid-19.

Kerajaan juga mahu sebanyak 80 peratus kakitangan awam dan 40 peratus pekerja sektor swasta bekerja dari rumah sebagai usaha mengurangkan pergerakan rakyat.

Dalam sidang media Sabtu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perniagaan akan dibenarkan bermula 8 pagi hingga 8 malam.

Beliau juga menyatakan bahawa sistem pengangkutan awam akan dihadkan kepada 50 peratus sahaja, kapasiti seperti dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dulu.

“Operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga 10 malam kita pendekkan kepada 8 malam,” katanya di sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengenai aturan dari rumah, Datuk Ismail Sabri berkata langkah itu secara keseluruhannya akan membabitkan lebih tujuh juta pekerja bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >