Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia pertahan pertemuan dutanya di Myanmar dengan junta

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia kelmarin mempertahankan satu mesyuarat yang diadakan antara duta besarnya ke Myanmar dan seorang wakil dari pemerintah tentera Myanmar, selepas adanya kritikan bahawa ia mengiktiraf pemerintah junta tentera di tengah-tengah tindakan kerasnya ke atas penunjuk perasaan.



Lebih 600 penunjuk perasaan telah terbunuh akibat tindakan pihak berkuasa di Myanmar sejak rejim tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu dari pemerintah Cik Aung San Suu Kyi yang memenangi pilihan raya umum pada November lalu.



Malaysia, bersama-sama Indonesia, Filipina dan Singapura, telah melahirkan keprihatinan mendalam atas pembunuhan para penunjuk perasaan dan berkata, mereka menyokong satu mesyuarat segera diadakan di kalangan pemimpin negara-negara Asia Tenggara berhubung krisis di Myanmar.



Bagaimanapun, mesyuarat itu mendapat kritikan selepas gambar pertemuan pemimpin itu tersebar di media sosial, antara duta Malaysia ke Myanmar, Encik Zahairi Baharim, dan Menteri Junta Tentera bagi Tenaga dan Elektrik, Encik Aung Than Oo.



Kementerian Ehwal Luar Malaysia berkata, mesyuarat itu adalah untuk menyampaikan kepada Myanmar tentang penggantungan projek tenaga oleh syarikat minyak Petronas, disebabkan pengeluaran yang berkurangan.



Anak syarikat Petronas , PC Myanmar (Hong Kong) Ltd (PCML) mengumumkan 'force majeure' di lapangan Yetagun pada 1 April lalu sehingga dimaklumkan kelak.



"Ini berikutan pengeluaran gas berkurangan di lapangan itu yang terletak di Laut Andaman, di luar pesisir Myanmar di Blok M12, M13 dan M14," kata syarikat minyak dan gas itu dalam satu kenyataan.



Katanya, keputusan itu dibuat susulan cabaran yang dihadapi bagi kebolehhantaran telaga yang menyebabkan kadar pengeluaran merosot di bawah ambang teknikal loji pemprosesan gas luar pesisir.



Ketua Negara PCML, Encik Liau Min Hoe, berkata berikutan penghentian pengeluaran itu, lapangan Yetagun membuat penghasilan di bawah kadar penurunan teknikal bagi kemudahannya.



"Terdapat penurunan drastik bagi tahap pengeluaran berikutan cabaran bawah permukaan di lapangan itu sejak Januari 2021 dan semakin merosot baru-baru ini. Meneruskan pengeluaran pada kadar rendah akan mewujudkan risiko yang ketara kepada integriti aset kami dan keselamatan manusia.



"Sebagai operator yang bertanggungjawab, kami perlu menghentikan pengeluaran untuk sementara waktu dan mengumumkan 'force majeure.'



"Kami sudah melaksanakan pelan intervensi untuk meredakan masalah ini dan memaklumkan kepada pihak berkuasa tuan rumah, rakan niaga dan pembeli gas mengenai keputusan ini," katanya.



'Force majeure' bermaksud sesuatu keadaan luar biasa dan luar jangka yang berlaku di luar kawalan munasabah pihak yang terbabit dan pihak yang terkesan itu tidak dapat mencegah, mengelak atau menghilangkan.



PCML kekal komited terhadap projeknya di Yetagun dan mengambil semua langkah diperlukan untuk menyambung semula pengeluaran secepat mungkin, menurut kenyataan itu.



PCML adalah pengendali projek gas Yetagun sejak 2003 yang memegang kepentingan sebanyak 40.9 bersama-sama gabungannya.



Myanmar Oil dan Gas Enterprise memegang 20.5 peratus, Nippon Oil Exploration (Myanmar) Ltd memegang 19.3 peratus kepentingan dan PTTEP International Ltd memegang baki 19.3 peratus. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >