Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia tak rancang perkenal semula GST: Anwar

Feb 14, 2023 | 08:37 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menolak kemungkinan memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), atau sebarang cukai pengguna sekalipun menghadapi hutang negara yang tinggi.


Berucap di Parlimen semasa Sesi Bertanya Kepada Perdana Menteri, yang pertama pada  Selasa, Datuk Anwar berkata kerajaan akan fokus kepada mengurangkan subsidi “bagi yang kaya” dan juga membataskan pembaziran dan rasuah dalam pentadbirannya, sedang kerajaan pimpinannya berusaha menurunkan kadar hutang negara.


“Kita tidak merancang untuk menguatkuasakan GST atau sebarang bentuk cukai pengguna.



"Apa yang kita rancangkan adalah mengurangkan subsidi bagi yang kaya, seperti yang telah kita lakukan ke atas tarif elektrik,” kata Datuk Anwar semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Taiping, Encik Wong Kah Woh.



“Kita akan melihat kepada tadbir urus yang baik, untuk membaiki (pembaziran),” ujar Datuk Anwar lagi.


Sejurus setelah memegang kuasa, Datuk Anwar menangguhkan kenaikan tarif elektrik untuk awam, tetapi menaikkannya untuk perbadanan antarabangsa.


Beliau menambah bahawa hutang negara telah mencecah RM1.5 trilion ($458 bilion) atau 82 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).


GST mula diperkenalkan semasa kerajaan pimpinan Encik Najib Tun Razak pada 2015, tetapi langkah itu tidak disambut baik dan akhirnya dihapuskan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 setelah ia memenangi pilihan raya pada tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >