Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia temui cacing parasit dalam 16 tan sardin dalam tin

Apr 25, 2024 | 05:50 PM



Pihak berkuasa Malaysia telah mengesan parasit dalam penghantaran sardin dalam tin. Tin seberat 16 tan itu diimport dari China melalui Singapura, lapor media Malaysia.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berkata, sampel yang diambil daripada kumpulan itu dicemari dengan cacing anisakis, sejenis parasit yang jika dimakan, boleh sebabkan jangkitan dengan gejala seperti sakit perut, loya, muntah dan cirit-birit.

Pada 27 Mac, penghantaran bernilai RM83,879 (S$24,000) tiba di Singapura dari China sebelum memasuki Malaysia melalui lori tanpa permit import, menurut Malay Mail.


Penghantaran ikan sardin itu dirampas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di pusat pemeriksaan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.

Pegawai kastam mengambil keterangan pemandu lori yang berusia 30 tahun, sebelum melepaskannya.

Belum dipastikan sama ada sardin dalam tin itu dijual di Singapura ataupun tidak.

Akhbar The Straits Times telah menghubungi Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Maqis untuk mendapatkan ulasan.


Jika disabit kesalahan membawa masuk ke Malaysia barangan yang mengandungi binatang perosak, penyakit atau bahan cemar, mereka boleh didenda sehingga RM100,000, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.


Menurut kajian Universiti Washington pada 2020, terdapat peningkatan sebanyak 283 kali ganda dalam anisakis serata dunia sejak tahun 1970-an.

Walaupun para penyelidik tidak pasti tentang punca lonjakan itu, mereka berpendapat bahawa perubahan iklim, lebihan nutrien daripada baja dan kehilangan air, dan peningkatan populasi mamalia marin adalah beberapa kemungkinan sebab ia terjadi.

Pada 2023, seorang wanita di Singapura menemui cacing parasit bergerak dalam mangkuk nasi sashiminya dari Don Don Donki di pusat beli-belah 100 AM di Tanjong Pagar.


Agensi Makanan Singapura (SFA) mengatakan ikan mentah sedia untuk dimakan dianggap sebagai makanan berisiko tinggi kerana ia tidak melalui proses memasak, dan menambah bahawa bagi yang mempunyai sistem imuniti rendah juga harus elak dari memakannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >