Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia terbuka jalin hubungan dagang walau sempadan masih tutup: Muhyiddin

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia terbuka untuk menjalinkan hubungan dagang walaupun sempadan antarabangsa masih ditutup, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau yang ditugaskan menerajui usaha pemulihan pascapandemik akan menyusun hala tuju dikenali Pelan Pemulihan Nasional 2.0.



Mantan perdana menteri itu berkata pelan tersebut adalah kesinambungan strategi keluar empat fasa menerusi Pelan Pemulihan Nasional terdahulu yang dimuktamadkan pada Disember lalu.



Tan Sri Muhyiddin berkata pelan berkenaan juga bakal melakarkan laluan pemulihan inklusif dan sistematik yang akan melonjakkan Malaysia ke tahap lebih tinggi supaya negara bangkit semula, lebih kuat berbanding sebelum pandemik, lapor Berita Harian Malaysia.



"Jelas sekali banyak peluang untuk bangunkan semula ekonomi dan masyarakat kepada sesuatu lebih baik berbanding era prapandemik.



"Cadangan nilai kami kepada pelabur adalah kukuh: ekosistem pelaburan kami teguh, kemudahan menjalankan perniagaan bertambah baik, pemulihan pandemik sedang dijalankan, infrastruktur fizikal dan digital kami sentiasa dinaik taraf.



"Selain itu, kumpulan bakat kami luas dan mendalam, kekuatan institusi kami adalah kukuh, asas ekonomi kami cemerlang dan diiktiraf di peringkat global," katanya pada majlis jamuan makan tengah hari bersama lebih 30 pemain industri antarabangsa di Ekspo Dubai, kelmarin.



Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin juga berharap lebih banyak perniagaan bakal melabur di Malaysia, manakala syarikat tempatan pula akan meneroka peluang bukan sahaja di Amiriah Arab Bersatu malah merentasi Majlis Kerjasama Teluk (GCC).



"Marilah kita menempa kejayaan bersama-sama untuk masa depan yang lebih bermakna, bukan sahaja ketika pandemik bahkan dalam fasa endemik dan seterusnya.



"Kerja keras menanti kita. Ketika Tahun Baru ini berlangsung, kerjasama dan perpaduan akan menjadi kunci jika kita tidak mahu melihat kembali tahun bermasalah ini.



"Pilihan di tangan kita, berdiri bersama atau jatuh sendiri. Saya berada di pihak yang optimis," katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh.



Baru-baru ini, MPN telah mengesyorkan agar Kementerian Kesihatan dan Dalam Negeri memulakan perbincangan untuk mengkaji, merancang dan mencadangkan langkah kepada majlis itu untuk pembukaan semula sempadan negara dengan segera dan selamat.



Tan Sri Muhyiddin berkata majlis itu berpendapat pembukaan sempadan negara adalah salah satu langkah penting yang akan menyokong proses pemulihan negara, lapor The Star.



"MPN berpendapat bahawa tanpa rancangan yang betul, penutupan sempadan buat tempoh yang tidak didedahkan akan memberi kesan sama ada proses pemulihan negara itu cepat atau lambat," katanya pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >