Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia terima kuota haji penuh 31,600, seperti prapandemik

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Malaysia menerima kuota haji bagi seramai 31,600 jemaah daripada kerajaan Arab Saudi, tahun ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, berkata kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia, ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 pada Isnin lalu.



"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini," kata Datuk Mohd Na'im menerusi satu catatan di Facebook.



Katanya, pada mesyuarat itu Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.



"Saya menegaskan, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan kerajaan Arab Saudi," kata Datuk Mohd Na'im melalui satu kenyataan.



Pada tahun lalu, kerajaan Saudi meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima, berikutan pandemik Covid-19.



Pada sidang tersebut, Dr Tawfiq Fawzan mengumumkan bahawa jumlah jemaah haji luar negara akan kembali seperti sebelum pandemik Covid-19 dan tanpa sebarang had usia.



"Saya hendak umumkan satu berita gembira.



"(Mengenai) Jumlah jemaah haji... sejak tercetusnya pandemik pada 1441 Hijrah (2020 Masihi), Arab Saudi telah mengenakan sekatan bilangan dan usia tertentu untuk menunaikan haji.



"Pada musim 1444 Hijrah (tahun ini), ia akan kembali seperti sebelum pandemik, tanpa sebarang sekatan usia." - The Star, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >