Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia tiada cadangan mewajib rakyat keluar undi: Menteri

Nov 3, 2023 | 2:35 PM
PENDIRIAN DEMOKRASI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan Malaysia belum bercadang mewajibkan rakyat keluar mengundi.
PENDIRIAN DEMOKRASI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan Malaysia belum bercadang mewajibkan rakyat keluar mengundi. - Foto FACEBOOK DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan bagi mewajibkan rakyat keluar mengundi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pendirian itu selari dengan sistem demokrasi diamalkan di negara itu.

Namun katanya pendekatan secara pendidikan dan kesedaran sivik ditekankan bagi memupuk rakyat menunaikan tanggungjawab apabila dikehendaki berbuat demikian demi kepentingan dan kestabilan negara.

“Kerajaan sentiasa mendokong prinsip keluhuran Perlembagaan dan ia termasuk hak individu berkelayakan untuk mengundi dalam sesuatu pilihan raya.

“Sebagai negara mengamalkan sistem demokrasi, hak kebebasan diperuntukkan kepada setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam pilihan raya.

“Berlandaskan kepada prinsip berkenaan, kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk mewajibkan setiap warganegara untuk mengundi,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada Jumaat, menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen (AP) Pengerang menjawab soalan Encik Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai hasrat kerajaan meminda Perlembagaan bagi mewajibkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas keluar mengundi.

Sementara itu, Datuk Azalina berkata peluang diberikan kepada semua rakyat yang memenuhi syarat kelayakan sebagai pemilih untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pilihan raya, sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri.

“Menerusi penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019, peruntukan berkaitan pendaftaran pemilih secara automatik serta penurunan had umur pengundi kepada 18 tahun melalui warta P.U.(B) 615, bermula 15 Disember 2021,” katanya.

Di Singapura setiap warganegara berusia 21 tahun dan ke atas diwajibkan mengundi.

Nama warganegara yang layak tetapi tidak keluar mengundi akan dikumpulkan oleh Pegawai Pengurus undi selepas sesuatu pilihan raya dan diserahkan kepada Pegawai Pendaftaran, yang akan mengeluarkan nama mereka daripada senarai pengundi yang disahkan.

Itu akan mengakibatkan individu berkenaan tidak boleh mengundi dalam pilihan raya akan datang, namun mereka masih boleh membuat permohonan untuk mengembalikan nama sebagai pengundi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg