Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia usir duta Korea Utara bagi lindungi integriti: DPM Ahmad Zahid

Mar 06, 2017 | 08:56 AM



KOTA KINABALU - Keputusan Malaysia mengusir Duta Korea Utara Kang Chol adalah demi melindungi integriti negara, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Menurutnya, keputusan Kabinet itu berbertujuan untuk menghantar mesej yang kuat dan jelas kepada pemerintah Korea Utara supaya tidak memanipulasi siasatan Malaysia ke atas pembunuhan Kim Jong Nam.



"Kenyataan duta itu jelas bertujuan memanipulasi perkara itu," kata Datuk Seri Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri selepas mesyuarat pemimpin parti Umno dan ahli-ahli.



Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia telah menjalankan siasatan teliti ke dalam pembunuhan Encik Kim.



"Kami melakukan siasatan secara profesional dari segi menemuduga saksi dan mengumpul bukti, sama ada sampel DNA atau rakaman CCTV," kata beliau, menurut laporan The Star/ Asia News Network.



Sabtu lalu, Kementerian Luar Malaysia mengisytiharkan Encik Kang 'persona non grata', dan memberitahu Kedutaan Korea Utara bahawa Encik Kang mesti meninggalkan Malaysia pada 6 petang ini.



Pengusiran ini dibuat selepas Malaysia menuntut Korea Utara membuat permohonan maaf secara bertulis atas tuduhan Encik Kang bahawa Kuala Lumpur telah cuba menghakis siasatan 13 Feb pembunuhan Encik Kim sebagai sebahagian daripada konspirasi dengan musuh-musuh politik Pyongyang. Tuntutan itu dibuat semasa mesyuarat Selasa lalu antara pegawai-pegawai Wisma Putra dan delegasi peringkat tinggi yang diketuai mantan Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong Il.



Tiada permohonan maaf itu dibuat.



Seseorang yang diisytiharkan 'persona non grata' dari segi istilah diplomatik dihalang daripada memasuki atau berada di negara itu. Ia adalah bentuk tindakan paling serius yang boleh diambil ke atas diplomat asing.



Encik Kim, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, terbunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dewan berlepas pada 13 Feb menggunakan ejen saraf VX, senjata kimia yang sangat toksik yang disapukan ke muka mangsa, menurut polis.



Rabu lalu, warga Vietnam Doan Thi Huong dan warga Indonesia Siti Aisyah dituduh membunuh Encik Kim, jenayah yang membawa kepada hukuman mati mandatori di Malaysia.



Korea Utara telah mengkritik cara Malaysia mengendalikan kes.



Khamis lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Korea Utara tidak lagi akan menikmati visa- perjalanan percuma ke Malaysia bermula hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >