Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mudahkan jemaah haji tidak tahu bahasa Arab

Penterjemah di lapangan bantu 24 jam termasuk dalam bahasa Inggeris, Melayu
Aug 23, 2018 | 05:30 AM



MAKKAH: Maksud tak tersampai dek silap terjemahan?



Ini tidak banyak berlaku di Makkah, terima kasih kepada pengawal berdedikasi membantu dua juta Muslim yang bertutur dalam berpuluh- puluh bahasa semasa menunaikan haji.



Kebanyakan umat Islam di dunia tidak berbahasa Arab - orang Indonesia membentuk masyarakat Islam terbesar di dunia, manakala puluhan juta Muslim bertutur bahasa Urdu.



Secara keseluruhannya, 80 peratus jemaah haji bukan penutur bahasa Arab, kata Encik Mazen Al-Saadi daripada biro terjemahan haji rasmi Arab Saudi.



Pasukannya menyediakan perkhidmatan terjemahan 24 jam sehari daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris, Perancis, Parsi, Melayu, Hausa (Afrika), Turkey, Cina dan Urdu - bahasa paling banyak digunakan dalam kalangan jemaah haji.



Bagi jemaah Samir Varatchia dari pulau Reunion, sebuah wilayah Perancis di Lautan Hindi, kehadiran lelaki memakai rompi kelabu - pakaian seragam rasmi pasukan terjemahan haji - ialah pemandangan yang sangat dialu-alukannya.



"Saya tidak tahu bahasa Arab," kata Varatchia.



"Terjemahan ke bahasa Perancis akan membantu kami memahami perkara, termasuk khutbah."



Seorang penterjemah dari Tunisia, Encik Abdulmumen Al-Saket, dengan senang hati membantu, sambil memenuhi permintaan kerap daripada jemaah yang menginginkan nombor telefon beliau.



"Kami cuba membantu sedapat mungkin, termasuk membaca peta," katanya.



"Ada yang meminta nombor telefon peribadi kami, untuk menelefon kami jika mereka memerlukan bantuan," katanya.



Jemaah haji datang ke Makkah dari seluruh dunia, termasuk India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh. Ramai bercakap hanya Urdu, kata Saadi.



Banyak papan tanda yang menunjukkan arah atau menyediakan panduan kepada jemaah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Urdu dan dalam beberapa kes, Perancis.



Masjidil Haram di Makkah menyediakan pelbagai terjemahan bagi jemaah haji, termasuk jabatan pakar yang menguruskan soal khutbah dan hukum agama.



Terdapat juga perkhidkatan hotline dalam berpuluh-puluh bahasa bagi menjawab soalan agama.



Tetapi bagi perkara praktikal, pasukan Saadi yang seramai 80 orang sangat diperlukan.



Jabatan itu telah wujud selama empat tahun, katanya, dan sedang terus diperluas bagi menangani permintaan yang meningkat saban tahun.



"Kebanyakan (jemaah haji) tidak berbahasa Arab dan takut bertanya apabila berlaku kemalangan," kata Sanaullah Ghuri, seorang penerjemah darai India, dalam bahasa Arab.



Dalam satu kejadian rempuhan pada 2015, lebih 2,000 jemaah meningal dunia di Mina, tempat ibadah melontar jamrah dilakukan.



Dalam kejaddian itu, ramai jemaah tidak dapat memahami arahan pasukan keselamatan yang disampaikan dalam bahasa Arab.



Pihak berkuasa Arab Saudi berhadapan dengan cabaran logistik luas dalam menguruskan haji.



Islam sekarang agama paling pesat berkembang di dunia, menurut Pusat Penyelidikan Pew, yang mengatakan bahawa jumlah umat Islam di dunia dijangka meningkat daripada 1.8 bilion orang pada 2015 kepada tiga bilion pada 2060.



Oleh itu, pengurusan haji dan jemaah haji akan terus bertambah dan terus menjadi cabaran.



Arab Saudi baru-baru ini memulakan program reformasi yang diketuai Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang termasuk membelanjakan berjuta-juta dolar bagi inisiatif berteknologi tinggi.



Menyediakan perkhidmatan untuk dua juta jemaah haji bukanlah satu usaha kecil, dan pihak berkuasa negara itu melancarkan inisiatif 'Haji Pintar' tahun ini untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.



Ini termasuk aplikasi yang menyediakan maklumat mengenai perkhidmatan perubatan kecemasan dan panduan geografi untuk ke Makkah dan Mina, dua bandar utama dalam pelaksanaan ibadah haji.



Sebagai contoh, Asefny ialah aplikasi yang dilancarkan oleh Bulan Sabit Merah Arab Saudi bagi membantu jemaah meminta rawatan perubatan kecemasan. Pihak berkuasa dapat menjejak mereka yang memerlukan melalui aplikasi itu.



Kementerian haji Arab Saudi juga melancarkan aplikasi Manasikana, yang antara lain menyediakan terjemahan bagi jemaah haji yang tidak boleh berbahasa Arab atau Inggeris, membantu jemaah berada di tempat betul pada waktu betul, menjejak dan pergi ke lokasi kawan mereka, dan menunjukkan masjid, restoran, bilik air dan tempat penting lain.



Sebuah aplikasi pula menterjemahkan khutbah haji dari bahasa Arab ke lima bahasa lain.



Tetapi seorang penterjemah India, Encik Ghuri, berkata kehadiran penterjemah di lapangan menjadikan pengalaman haji lebih mudah bagi jemaah.



"Apabila mereka melihat seseorang bercakap dalam bahasa mereka, mereka berasa lebih selesa mendapatkan bantuan," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >