Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15

Muhyiddin dakwa sudah runding dengan parti lain, ada cukup kerusi bentuk kerajaan

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



TEKA-TEKI SIAPA AKAN BENTUK KERAJAAN



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semalam beliau sudah mendapat cukup kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk sebuah kerajaan, walaupun keputusan terbaru yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) menunjukkan parlimen tergantung.



Tan Sri Muhyiddin, yang memimpin Perikatan Nasional (PN), berkata beliau bersedia bekerja sama dengan sebarang parti untuk mencapai bilangan kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan.



Akhbar The Star semalam memetik Tan Sri Muhyiddin sebagai berkata pihaknya telah merundingkan perkara itu dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS); Perdana Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang.



Beliau menambah bahawa rundingan juga sedang diadakan dengan parti lain serta calon persendirian.



PN meraih 73 kerusi dan GPS 22 kerusi dalam PRU15 Sabtu lalu.



Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin berkata PN bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain yang prinsipnnya sealiran dengan PN bagi untuk membentuk kerajaan, kecuali Pakatan Harapan (PH).



PH memenangi 81 kerusi. Pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa perikatannya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru.



Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan parti yang akan menyertai PH untuk membentuk kerajaan.



Keputusan PRU15 mencipta sejarah buat Malaysia apabila tidak ada satu pun gabungan parti mendapat cukup majoriti 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.



Ia meletak kedudukan politik negara itu dalam situasi tidak menentu.



Sementara itu, Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan terburuknya dalam PRU selepas memenangi hanya 30 kerusi, diikuti GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan Sabah (tiga), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (satu) dan calon Bebas (dua).



Undian bagi dua kerusi ditunda, iaitu Baram di Sarawak, yang ditunda atas sebab-sebab situasi cuaca, dan Padang Serai di Kedah, disebabkan kematian salah seorang calon yang bertanding.



PN menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan di Terengganu, menggunakan logo PAS, selain membentuk kerajaan negeri di Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



Di Perak, PN juga berpotensi memimpin kerajaan negeri, jika BN bersetuju bergabung dengannya.



PN memperoleh 26 kerusi DUN Perak, BN sembilan dan dan PH 24 kerusi.



Jika rundingan gabungan parti politik untuk meraih sekurang-kurangnya 112 kerusi ini berjaya, parti-parti yang bersetuju bergabung akan memutuskan satu nama yang dipersetujui untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon Perdana Menteri.



PH telah sebulat suara menamakan pengerusinya, Datuk Anwar, sementara PN mencalonkan Tan Sri Muhyiddin. - Agensi berita.




TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN



Usia: 75 tahun
Jawatan parti: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pengerusi Perikatan Nasional (PN)




“Kami telah menerima surat dari Istana Negara dengan arahan mengenai keperluan yang perlu kami penuhi mengikut titah Raja. Kami akan mengadakan mesyuarat esok. Mudah-mudahan semuanya akan selesai menjelang petang esok.”
– Tan Sri Muhyidddin Yassin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >