Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Muhyiddin mahu tiga lagi tuduhan ubah wang haram dibatal

Sep 19, 2023 | 03:44 PM



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan memfailkan permohonan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta ($58.35 juta) berkaitan projek Jana Wibawa ke atas dirinya.


Peguam bela pengerusi pembangkang Perikatan Nasional (PN) itu, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, memaklumkan demikian kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau berkata permohonan itu akan difailkan mengikut Seksyen 173 (g) Kanun Tatacara Jenayah secepat mungkin.

“Selain itu, kami juga akan mengemukakan permohonan secara bertulis untuk mendapatkan kembali pasport anak guam (Tan Sri Muhyiddin),” kata Datuk Hisyam, lapor Malaysiakini.


Selasa sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran permohonan pihak pendakwaan supaya kesemua tujuh pertuduhan menggunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin dibicarakan bersama.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata pihaknya memohon agar pendengaran bagi permohonan untuk kesemua tujuh pertuduhan itu dibicarakan bersama ditangguhkan pada tarikh lain.

“Ini kerana pihak kami memfailkan notis rayuan pada 15 Ogos dan petisyen rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan tertuduh (Tan Sri Muhyiddin) setelah membenarkan permohonan tertuduh untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan.


“Mahkamah Rayuan menetapkan pengurusan kes bagi rayuan itu pada 27 September. Kedua-dua pihak bersetuju tarikh sebutan kes di mahkamah ini pada 29 November,” katanya.


Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi kemudian menetapkan 29 November untuk sebutan kes dan kedua-dua pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah tentang perkembangan pengurusan kes di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, pada 15 Ogos, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Bagaimanapun, pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembebasan itu.

Tan Sri Muhyiddin berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa itu di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu dan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk mendapatkan dorongan RM232.5 juta ($67.59 juta) daripada tiga syarikat dan seorang individu antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Encik Azman Yusoff.

Pemimpin berusia 76 tahun itu didakwa menerima lebih RM120 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.

Pengubahan wang haram itu didakwa dilakukan dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >