Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mukhriz dakwa Muhyiddin cuba atur gerakan untuk jadi PM sekali lagi

Aug 27, 2022 | 05:30 AM



HULU LANGAT: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendedahkan bahawa presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, cuba mengatur gerakan untuk menjadi perdana menteri Malaysia buat kali kedua menerusi strategi 'Khemah Besar'.



Menurut Datuk Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin berhasrat menggabungkan Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH) serta beberapa parti lain, seperti Pejuang, Parti Warisan (Warisan) serta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), dan menawarkan dirinya sebagai perdana menteri gabungan itu.



Ahli Parlimen Jerlun itu berkata cadangan itu disuarakan Tan Sri Muhyiddin ketika beliau bertemu pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, empat hari selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang juga pertemuan pertama mereka sejak Dr Mahathir disingkir daripada Bersatu.



"Muhyiddin datang berjumpa Tun (Dr Mahathir). Saya ada di situ. Dia tak ada nak minta maaf, dia cakap Khemah Besar yang dia cuba usahakan antara PN dan PH, dan jika berjaya boleh disusuli Warisan, Pejuang dan Muda.



"Dia kata dah tiga kali jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bila Anwar tanya struktur kepimpinan Khemah Besar, Muhyiddin kata Anwar tak boleh jadi perdana menteri sebab dia ketuai parti campuran, jadi Muhyiddin jadi perdana menteri.



"Ini satu syarat yang begitu besar untuk lantik dia jadi perdana menteri. Kalau ikhlas, sepatutnya bincang mengenai gabungan dulu tapi bila datang dan tawar jadi perdana menteri kali kedua, rasa tak sesuai sangat.



"Pejuang setuju atau tak, ia tak beri kesan kerana kami empat orang saja. Kalau PH setuju, maka jadilah cadangan ini tapi seperti yang kita agak, mereka pun tak setuju," katanya semalam.



Datuk Mukhriz memaklumkan beliau ketika itu mengharapkan cadangan gabungan yang lebih mengetengahkan barisan pemimpin muda dalam pelbagai parti, manakala pemimpin senior sebagai penasihat.



"Harapan saya ketika itu supaya pemimpin senior yang berpengalaman diangkat dalam majlis penasihat atau 'Council of Elders', manakala lapisan kedua diisi pemimpin muda yang sudah tiba masa diberi peranan penting dalam pembentukan kerajaan," katanya.



Datuk Mukhriz mengakui Pejuang ada mempertimbang untuk bergabung bersama beberapa parti lain serta Umno yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun akhirnya memutuskan untuk mewujudkan Gerakan Tanah Air (GTA).



Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata ramai ahli Pejuang tidak boleh menerima kerjasama dengan Bersatu, manakala Umno masih tidak berubah sikap dan masih kekal seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



PAS pula, dakwanya, masih terus mempergunakan agama untuk kepentingan parti, manakala ramai akar umbi Pejuang enggan bekerjasama dengan PH kerana kehadiran DAP dalam gabungan itu, selain enggan kisah pahit kerjasama dengan PKR berulang. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >