Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS mula proses lantik duta di negara utama Asia

Senat bersidang sahkan pemilihan presiden bagi jawatan duta besar ke Singapura, China dan Jepun
Oct 22, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Sambil mengawasi China, kuasa Asia yang sedang meningkat, Washington memulakan proses untuk mengisi jawatan duta besaran ke beberapa negara utama di Asia kelmarin sedang satu panel Senat Amerika Syarikat mengadakan persidangan untuk mengesahkan pemilihan Presiden Joe Biden bagi jawatan duta besar ke Singapura, China dan Jepun.



Kerjasama Singapura dengan Amerika amat penting untuk memperkukuh kehadiran AS di rantau Indo-Pasifik, kata pengusaha teknologi, Encik Jonathan Kaplan, calon Encik Biden bagi duta besarnya ke Singapura.



"Sekiranya disahkan, saya merancang memperkukuh hubungan perdagangan dua hala dan memajukan agenda ekonomi yang mendorong kepada kemakmuran bersama, memperkukuh ketahanan ekonomi dan akses kepada bekalan, selain bekerjasama dengan Singapura untuk menangani krisis iklim," kata Encik Kepalan kepada Jawatankuasa Senat bagi Hubungan Luar Negara.



"Dan jika disahkan, saya merancang memperkukuh kerjasama keamanan dan mempertahankan ketertiban antarabangsa berdasarkan undang-undang, yang telah mendukung keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik," tambahnya.



Pada sidang pengesahan itu, panel Senat juga menyoal diplomat, Encik Nicholas Burns, calon duta besar Amerika ke China; dan bekas mayor Chicago, Encik Rahm Emanuel, calon duta besar Amerika ke Jepun.



Penganalisis telah mengkritik bahawa jawatan duta besar ini tidak dipenuhi hampir setahun setelah Encik Biden menjadi presiden, walaupun dengan kepentingannya terhadap dasar luar Amerika kerana persaingan dengan China semakin meningkat.



Dua senator Republican, Encik Ted Cruz dan Encik Josh Hawley, telah mencegah proses pengesahan selama berbulan-bulan sebagai bantahan pada keputusan dasar luar Encik Biden, tetapi sidang kelmarin adalah petanda proses pelantikan duta itu kini dapat diteruskan.



Sidang mengenai pelantikan Encik Kaplan menyusuli siri kunjungan pegawai tertinggi Amerika ke Asia Tenggara dalam beberapa bulan lalu, terutama Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin, pada Julai dan Naib Presiden, Cik Kamala Harris, pada Ogos, ketika pemerintahan Biden meningkatkan keterlibatan Amerika dengan rantau itu.



Senator Demokrat, Encik John Hickenlooper, dari Colorado berkata pengalaman Encik Kaplan sebagai usahawan menjadikannya tepat untuk mewakili Amerika di Singapura.



Menurut Rumah Putih, Encik Kaplan, berusia awal 50-an tahun, merupakan seorang usahawan dan kini menjadi ketua Education Superhighway, satu pertubuhan bukan mencari keuntungan yang membawa Internet berkelajuan tinggi ke sekolah awam.



"Kedua-dua negara kita adalah pusat inovasi yang mempunyai kepelbagaian, hab bagi banyak bidang, menghadapi ancaman perubahan iklim dan kebangkitan China," kata Encik Hickenlooper dalam pengenalannya bagi Encik Kaplan.



"Penting untuk memiliki seseorang yang bermutu untuk mengetuai kerjasama ini pada saat sensitif. Kepimpinan yang kita ada dalam Jonathan Kaplan," tambahnya.



Walaupun panel senator kurang menekankan persaingan dengan China dalam pertanyaan mereka kepada Encik Kaplan dibandingkan dengan calon lain, mereka tetap merujuknya dari masa ke masa.



"Singapura adalah utama dalam penglibatan kita di Asia Tenggara dan dengan Asean, dan kejayaan di Asia Tenggara adalah penting bagi kejayaan kita di Indo- Pasifik dan dengan cabaran kita dengan China," kata Senator Robert Menendez dari New Jersey, yang mempengerusikan jawatankuasa hubungan luar negara itu.



Jawatan duta besar ke Singapura itu telah dikosongkan sejak Januari 2017 apabila duta besar sebelumnya, Encik Kirk Wagar, yang dilantik Presiden Demokrat, Encik Barack Obama, meninggalkan jawatannya setelah pelantikan presiden Republican Donald Trump.



Kekosongan tersebut telah menghalang Amerika memperdalam hubungan diplomatik dan ekonomi dengan rantau itu, kata Encik Menendez dalam sidang itu. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >