Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Musim cuti, Pilihan Raya Presiden Indonesia tumpuan utama pengganas

Dec 21, 2023 | 12:28 PM



JAKARTA: Ketua Badan Pencegahan Pengganasan Nasional (BNPT), Encik Mohammed Rycko Amelza Dahniel, menggariskan enam isu penting yang memerlukan perhatian khusus sepanjang tempoh akhir 2023, termasuk masa-masa cuti akan datang dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum 2024.


“Terdapat enam isu penting, termasuk satu berkaitan sambutan Krismas dan Tahun Baru dan keperluan untuk memastikan Pilihan Raya Presiden, yang dijadualkan pada Februari 2024, akan berjalan lancar dan bebas daripada serangan pengganas,” katanya, dipetik agensi berita Antara.


Encik Dahniel membuat kenyataan itu pada Mesyuarat Koordinasi Nasional Forum Koordinasi Pencegahan Pengganasan (FKPT) ketujuh di Jakarta pada 19 Disember, yang disertai rakan strategik BNPT dari seluruh Indonesia.

Isu ketiga penting untuk ditangani, bagi mengelakkan orang ramai daripada terpedaya dan dihasut dengan maklumat berkaitan konflik yang sedang membara di Jaluran Gaza, Palestin, katanya.

Bagi isu keempat, Encik Dahniel mengingatkan orang ramai supaya sedar hakikat bahawa kumpulan pengganas telah mengubah pendekatan – daripada keras kepada lembut.

“Kita mesti terus berwaspada, kerana berkurangnya jumlah serangan secara berterusan adalah berkaitan dengan pengganas mengubah corak serangan mereka,” katanya.

Beliau kemudiannya menarik perhatian kepada isu kelima, yang berkaitan dengan usaha giat kumpulan pengganas, untuk menanamkan kepercayaan radikal, kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan lebih terdedah, termasuk wanita, kanak-kanak dan remaja.

“Sementara itu, isu penting terakhir ialah keperluan untuk membina daya tahan rakyat, dengan meningkatkan keprihatinan dan penyertaan mereka (dalam menangani isu pengganasan),” katanya sambil menambah, bahawa orang yang berdaya tahan, mampu mengatasi krisis dari segi mental dan emosi.

Encik Dahniel berkata sikap tidak bertoleransi, adalah punca kepada radikalisme dan pengganasan.

“Kumpulan pengganas menceroboh manusia, bukan sahaja secara fizikal, malah ia juga bertujuan untuk mengganggu akidah rakyat.

“Kumpulan sebegini cenderung mempercayai bahawa mereka benar dengan menolak perbezaan. Pendek kata, sikap tidak bertoleransi boleh membawa kepada radikalisme dan pengganasan,” jelasnya.

Justeru, beliau mengajak semua pihak supaya meningkatkan usaha membanteras radikalisme dan pengganasan, sambil menyatakan BNPT dan Polis Negara (Polri) memerlukan bantuan dalam menumpaskan pengganas dengan lebih berkesan.

“Strategi kita untuk memerangi pengganas adalah untuk mengukuhkan kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan, di samping mengekalkan perpaduan dan kewibawaan negara kerana kita sedar bahawa matlamat pengganas adalah untuk mencacatkan kita dengan mencetuskan perselisihan,” tegas beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >