Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Musim panas yang menyengat di serata dunia

Jul 19, 2023 | 02:31 PM



Gelombang haba sedang melanda beberapa bahagian selatan Eropah, dengan suhu dijangka amat tinggi buat beberapa bulan mendatang.

Suhu dijangka melebihi 40 darjah Celsius di beberapa bahagian di Sepanyol, Perancis, Greece, Croatia dan Turkey.

Di Italy, suhu mencecah hingga ke paras paling tinggi iaitu 48 darjah Celsius. Isyarat amaran telah dikeluarkan bagi 10 bandar, termasuk Rome, Bologna dan Florence.

Pada 11 Julai, seorang lelaki berusia 40-an tahun mati setelah rebah di utara Italy.

Media Italy melaporkan lelaki berusia 44 tahun itu, seorang pekerja mengecat garis menyeberang jalan di bandar Lodi, dekat Milan, kerana cuaca terlalu panas. Beliau dikejarkan ke hospital dan kemudian meninggal dunia.

Beberapa pelancong di Italy dikatakan rebah akibat strok haba, termasuk seorang lelaki warga Britain di luar Colosseum di Rome.

Orang ramai dinasihatkan supaya minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari dan elakkan daripada meminum kopi dan alkohol yang boleh mengakibatkan tubuh mengalami dehidrasi.

Dua pelancong dari Australia yang ditemui di jalan raya di Rome memberitahu stesen BBC, mereka “benar-benar terkejut” dengan keadaan cuaca panas seperti itu.


“Sebagai pelancong, kami berasa sedikit terganggu,” kata dua rakan dari Melbourne, Cik Maria dan Cik Gloria.

“Kami cuba untuk tidak keluar pada siang hari.”

Cuaca panas terik seperti ini bukan sahaja dialami di Eropah.

Pada musim panas kali ini, suhu terlalu tinggi di banyak bahagian di Canada dan Amerika Syarikat, juga di sebahagian Asia termasuk China.

Cuaca terlalu panas walhal musim panas baru sahaja bermula.

Hampir sepertiga rakyat Amerika – lebih 113 juta orang – kini diberi peringatan tentang cuaca panas, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika.

Di banyak wilayah di Amerika, suhu mencecah ke paras paling tinggi. Di El Paso, Texas, suhu mencecah 37 darjah celsius berterusan selama 27 hari – paling tinggi yang dicatatkan sejak 1994.

Menurut hasil kajian terbaharu, sejumlah 61,672 orang mati di Eropah ekoran cuaca panas pada 2022. Institut ISGlobal di Barcelona, yang menjalankan penyelidikan tentang kesihatan sedunia, berkata Italy mencatat angka kematian paling tinggi akibat cuaca panas sebanyak 18,010; Sepanyol 1,324 dan German 8,173 orang.

Lebih membimbangkan adalah angka kematian itu boleh meningkat lagi pada musim panas kali ini.

Bandar-bandar di Sepanyol yang menghadapi risiko kematian paling tinggi akibat cuaca panas ini adalah Madrid, Barcelona, Valencia, Sevilla, Malaga, Murcia, Palma de Mallorca dan Bilbao, menurut penyelidikan ISGlobal.

Para pakar kaji cuaca mengatakan, tempoh cuaca terlalu panas semakin kerap dan faktor perubahan iklim bermakna keadaan ini sekarang adalah normal dimana suhu panas yang dicatatkan semakin tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >