Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perubahan iklim, El Nino pacu cuaca terpanas di dunia pada Jun

Jul 07, 2023 | 04:18 PM



PARIS: Dunia mencatatkan rekod terpanas pada Jun, umum perkhidmatan pemantauan iklim Kesatuan Eropah (EU) sambil menyatakan perubahan iklim dan corak cuaca El Nino sebagai puncanya.


Pengumuman khidmat pemantau EU, Copernicus, itu menandakan paras suhu terbaru dalam siri rekod selama setahun yang menyaksikan kemarau di Sepanyol dan gelombang panas terik di China dan Amerika Syarikat.

“Bulan Jun adalah yang paling panas di seluruh dunia pada hanya lebih 0.5 darjah Celsius – sudah melebihi purata antara 1991 dengan 2020 dan melebihi Jun 2019,” ujar Copernicus dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Suhu mencapai rekod tertinggi pada Jun di seluruh barat laut Eropah, manakala sebahagian Canada, Amerika, Mexico, Asia dan timur Australia “berada dalam lingkungan ketara lebih panas daripada biasa,” katanya lagi.

Sebaliknya, ia lebih sejuk daripada biasa di barat Australia, barat Amerika dan barat Russia, tambah badan khidmat pemantau itu.

Ia turut menyatakan suhu rekod lebih panas sejak beberapa tahun kebelakangan ini mencerminkan kesan pemanasan sejagat yang didorong oleh gas rumah hijau yang dibebaskan akibat kegiatan manusia.

Copernicus menarik perhatian bahawa suhu permukaan laut juga lebih tinggi di peringkat sejagat berbanding dengan mana-mana bulan Jun sebelumnya.

Rekod menunjukkan “gelombang haba laut yang melampau” dikesan di sekitar Ireland, Britain dan kawasan Baltik.

Air batu di Antartika pula mencapai tahap paling rendah pada Jun, iaitu 17 peratus di bawah purata sejak pemerhatian satelit bermula.

Saintis Dr Julien Nicolas berkata rekod pada Jun itu didorong sebahagian besarnya oleh “suhu permukaan laut yang sangat panas” di Lautan Pasifik dan Atlantik akibat El Nino, fenomena pemanasan berkala.

“Ia juga disebabkan trend pemanasan lautan yang menyerap 90 peratus haba yang dikeluarkan oleh kegiatan manusia,” tambahnya.

Encik Petteri Taalas, setiausaha agung Pertubuhan Meteorologi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memberi amaran pada Isnin lalu bahawa El Nino “akan meningkatkan kebarangkalian untuk memecahkan rekod suhu dan mencetuskan panas melampau di banyak bahagian dunia dan di lautan”.

Di Amerika, pegawai setempat berkata pada minggu lalu bahawa sekurang-kurangnya 13 orang maut akibat gelombang panas yang melampau di Texas dan Louisiana.

China mengeluarkan amaran haba tahap tertingginya di bahagian utaranya ketika suhu di Beijing mencecah sekitar 40 darjah Celsius. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >