Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencemaran udara di Johor: Mutu udara di Singapura tidak terjejas

Jun 25, 2019 | 05:30 AM



MUTU udara Singapura terus berada di paras baik dan tidak terjejas dek kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.



Berkata demikian menerusi satu kenyataan semalam, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pihaknya sedang berhubung dengan pegawai di Jabatan Alam Sekitar Johor mengenai kejadian tersebut.



Ini selepas beberapa pelajar di negeri itu jatuh sakit kerana terdedah kepada bahan toksik.



Jurucakap NEA berkata: "Di Singapura, Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam sejak 3 petang pada 20 Jun 2019 berada pada tahap baik, manakala Kadar PM (Particulate Matter) 2.5 satu jam pula mencecah paras Band I (Normal).



"Paras ambien Campuran Organik Meruap atau Volatile Organic Compounds (VOC) di sepanjang tepi laut Singapura juga kekal rendah dan di tahap selamat."



Tambahnya, angin yang bertiup di Singapura juga bertiup dari selatan atau tenggara dan ini dijangka berterusan bagi beberapa hari akan datang.



Di Pasir Gudang, sebilangan pelajar daripada beberapa sekolah di kawasan itu mula muntah dan mengalami sesak nafas sehingga terpaksa dibawa ke hospital selepas terhidu bau yang aneh semasa waktu rehat pagi semalam.



Kejadian itu berlaku sedang kawasan tersebut terus dibelenggu pencemaran udara. Semua tadika, sekolah dan institusi pengajian tinggi di Taman Mawar di Pasir Gudang telah diarah tutup sehingga Khamis sedang pihak berkuasa menyiasat punca pencemaran udara itu.



Kes pencemaran udara di Pasir Gudang akibat sisa toksik di Sungai Kim Kim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >