JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia semalam meneruskan usaha mendekati feri yang membawa lebih 100 penumpang, selepas ia karam di laut bergelora di perairan pulau Sulawesi.
Sehingga akhbar ini dicetak, seramai 39 penumpang berjaya diselamatkan sementara tiga orang termasuk dua kanak-kanak telah disahkan terkorban, kata Kementerian Pengangkutan.