Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas LRT di M'sia: Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman diberhentikan, berkuat kuasa serta-merta

May 26, 2021 | 09:21 PM



PETALING JAYA: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, seorang pemimpin kanan Umno, pada Rabu (26 Mei)  telah diberhentikan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd oleh Kementerian Kewangan Malaysia.



Ini berlaku selepas beliau dikecam di media sosial kerana kelakuannya di sidang media yang diadakan selepas dua kereta api LRT bertembung di laluan Kelana Jaya pada Isnin (24 Mei) lalu.



Akhbar The Star melaporkan sedemikian pada Rabu, beberapa jam selepas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Datuk Tajuddin telah berjanji akan meletak jawatan.



Menurut laporan tersebut, akhbar tersebut telah melihat surat bertarikh 26 Mei yang dikirimkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kepada Datuk Tajuddin mengenai pemberhentian kerja itu. Datuk Zafrul juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Tajuddin atas sumbangannya kepada Prasarana sejak dilantik sebagai pengerusi bukan-eksekutif.



Seorang pegawai dari Kementerian Kewangan telah memberi pengesahan mengenai kesahihan surat itu.



Awal dari itu, Datuk Najib, yang juga bekas presiden Umno,  berkata beliau telah menelefon Datuk Tajuddin pada Rabu (26 Mei) untuk menegur dan menasihati ahli parlimen Umno itu.



Datuk Najib berkata Datuk Tajuddin akur akan meletak jawatan dan memohon maaf kerana berseloroh dan tidak menunjukkan empati di sidang media itu.



Beliau menerima nasihat serta teguran saya untuk meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai cedera parah bukan masa untuk berseloroh. Dia akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa. Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat. Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV,” kata Datuk Najib.



Enam penumpang berada dalam keadaan tenat menyusuli kemalangan yang melibatkan dua kereta api LRT yang bertembung di Kelana Jaya pada lewat malam 24 Mei.



Siasatan awal menunjukkan kecuaian manusia antara angkara kemalangan itu, yang menyebabkan puluhan mangsa dikejarkan ke hospital.



Laporan lain: 



www.beritaharian.sg/dunia/nahas-lrt-di-malaysia-pengerusi-prasarana-tajuddin-abdul-rahman-janji-akan-letak-jawatan-mohon



www.beritaharian.sg/dunia/nahas-berlaku-bila-pemandu-silap-ubah-haluan-tren



www.beritaharian.sg/dunia/nahas-lrt-msia-enam-penumpang-kritikal-siasatan-awal-temui-silap-manusia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >