Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naib Presiden Filipina selar Marcos kerana condong kepada AS

Jun 23, 2025 | 2:03 PM
sara duterte, ferdinand marcos jr
Kenyataan Naib Presiden Filipina, Cik Sara Duterte, mengeluarkan kritikan paling tajam terhadap pendirian dasar luar Presiden Ferdinand Marcos Jr yang mesra dengan Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

MANILA: Naib Presiden Filipina, Cik Sara Duterte, membidas Presiden Ferdinand Marcos Jr kerana cenderung kepada Amerika Syarikat, sambil memberi isyarat keterbukaannya kepada hubungan yang lebih mesra dengan China.

Cik Duterte khususnya mengkritik tindakan Encik Marcos kerana membenarkan penempatan sistem peluru berpandu Amerika di bumi Filipina yang telah menimbulkan kemarahan Beijing.

Beliau menegaskan bahawa Manila tiada kaitan dengan ketegangan antara Amerika dengan China.

“Tiada sebab untuk anda condong ke arah Amerika,” dalam ucapan menerusi penstriman langsung pada 23 Jun di hadapan penyokongnya di Melbourne, Australia.

Cik Duterte turut menekankan bahawa ketegangan antara Manila dengan Beijing di Laut China Selatan tidak membentuk keseluruhan hubungan antara kedua-dua negara.

“Anda perlu sentiasa berada di tengah kerana anda bukan sebahagian daripada konflik yang lebih besar.

“Anda berkawan dengan Amerika, ya. Anda berkawan dengan China, ya. Dan mengapa tidak?” tanya Cik Duterte

Kenyataan beliau itu merupakan kritikannya yang paling tajam terhadap pendirian dasar luar yang mesra Amerika oleh Encik Marcos.

Kenyataannya itu dibuat ketika sekutu pentadbiran mendesak penyingkirannya melalui prosiding pemecatan.

Kedudukannya juga sama seperti bapanya, Encik Rodrigo, yang beralih arah ke China semasa menjadi Presiden dari 2016 hingga 2022.

Pejabat Encik Marcos masih belum mengulas mengenai kenyataan naib presiden itu.

Di bawah Encik Marcos, Filipina telah mengukuhkan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin dengan Amerika, meluaskan akses ke pangkalan tentera dan membenarkan penempatan senjata Amerika.

Pemerintahnya juga lebih tegas dalam menolak tuntutan Manila di Laut China Selatan, sering membawa kepada pertempuran dengan Beijing di perairan yang dipertikaikan.

Pada Februari, Cik Duterte, telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Agung bagi membatalkan prosiding pemecatan terhadapnya.

Langkah itu diambil dalam usaha pertama beliau untuk mempertahankan diri daripada disingkirkan.

Dewan Rakyat telah memecat Cik Duterte pada 5 Februari atas tuduhan termasuk penyalahgunaan bajet, pengumpulan kekayaan luar biasa, serta dakwaan ancaman terhadap nyawa Presiden Ferdinand Marcos Jr, Wanita Pertama dan Speaker Dewan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg