Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Naib Presiden Indonesia gesa suruhanjaya pilihan raya pastikan kertas undi cukup

Feb 13, 2024 | 03:35 PM



JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Encik Ma’ruf Amin, meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) supaya menjangka potensi kekurangan kertas undi di beberapa wilayah khususnya Jakarta, berikutan minat membuang undi yang tinggi dalam kalangan orang ramai pada hari pilihan raya.


“Saya harap rizab kertas undi mencukupi. Namun saya minta KPU menjangka perkara ini terutama di kawasan yang mengalami lonjakan pengundi seperti Jakarta,” katanya pada 12 Februari.

Beliau menegaskan bahawa terdapat keperluan bagi KPU menyediakan kertas undi tambahan melebihi 2 peratus di kawasan atau pusat undi yang berpotensi berlakunya lonjakan bilangan pengundi, misalnya, daripada pengundi dalam senarai Daftar Pengundi Khusus (DPK).

Sebelum ini, KPU telah menyediakan kertas undi simpanan sebanyak 2 peratus di setiap lokasi mengundi daripada senarai pengundi akhir.

Jumlah daftar pengundi tambahan dan daftar pengundi khusus adalah penunjuk kelemahan di pusat mengundi.

Badan Pengawas Pilihan Raya Umum (Bawaslu) telah mengenal pasti tujuh petunjuk kelemahan yang paling kerap dilihat di pusat mengundi, yang berpotensi menjejaskan Hari Pilihan Raya pada 14 Februari.

Mengimbas kembali pelaksanaan pilihan raya sebelum ini dan laporan pengawas pilihan raya wilayah, terdapat 125,224 pusat mengundi di mana daftar pengundi tambahan tidak memenuhi syarat.

Sebanyak 119,796 pusat mengundi mempunyai pengundi tambahan; 36,236 pusat mengundi mengalami masalah rangkaian Internet, dan 21,947 pusat mengundi terletak berhampiran rumah calon presiden atau calon naib presiden dan/atau jawatan atau rumah pasukan kempen pilihan raya.

KPU menetapkan 14 Februari sebagai tarikh pilihan raya presiden dan ahli perundangan 2024.

Bagaimanapun, pengundian bagi rakyat Indonesia yang berada di luar negara bermula pada 9 Februari.

KPU telah mengumumkan nama tiga pasangan calon presiden-naib presiden untuk pilihan raya kali ini.

Mereka terdiri daripada Encik Anies Baswedan-Encik Muhaimin Iskandar; Encik Prabowo Subianto-Encik Gibran Rakabuming Raka dan Encik Ganjar Pranowo-Encik Mahfud MD.

“Bagi memenangi jawatan presiden Indonesia, calon memerlukan lebih 50 peratus undian keseluruhan di negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu,” kata penganalisis kepada Reuters.


Secara umumnya, separuh daripada lebih 270 juta penduduk Indonesia yang tinggal di Pulau Jawa dan wilayah berdekatan akan menjadi penentu utama siapa pemenang Pilihan Raya Presiden kali ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >