Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib didapati bersalah bagi semua 7 tuduhan bagi perbicaraan pertama 1MDB

Jul 28, 2020 | 01:17 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, pada Selasa (28 Julai), didapati bersalah terhadap semua tujuh tuduhan dalam perbicaraan pertama antara lima berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Hakim Mahkamah Tingi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib, 67 tahun, bersalah bagi satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah dan tiga tuduhan mengubah wang berhubung RM42 juta ($13.6 juta) dari SRC International, bekas subsidiari 1MDB.


“Saya dapati tertuduh bersalah terhadap semua tujuh tuduhan,” kata hakim.


Setiap tuduhan diiringi hukuman penjara sehingga antara 15 dengan 20 tahun.


Pasukan peguam bela Najib memohon bagi prosiding rayuan penuh pada 3 Ogos.


Najib tiba di mahkamah sebelum 10 pagi dan disambut dengan laungan sokongan oleh ratusan penyokongnya yang telah berhimpun di luar mahkamah.



Najib, yang memakai pelitup,  membaca doa dan  memasuki mahkamah dengan diiringi pemimpin tertinggi partinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >