PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa rakyat "supaya tidak terlalu mempercayai" laporan dan bahan-bahan yang dibaca di media sosial.
Kenyataan Datuk Najib itu dibuat sedang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengumumkan akan memanggil Encik Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung pelaburan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).