HIMPUNAN RAKYAT BERSATU (BAJU MERAH)

Najib: Tidak ada kompromi dalam hal keselamatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak berkompromi dalam soal keselamatan negara dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengancamnya, termasuk tindakan menggugat sensitiviti kaum lain, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata mana-mana pihak, baik daripada peserta perhimpunan Bersih mahupun daripada kumpulan "Baju Merah", yang melanggar arahan pihak berkuasa, pastinya akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto