Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasi lemak Malaysia lebih baik daripada Singapura? Iklan terbaru McDonald's cetuskan saingan terhadap makanan

Aug 27, 2019 | 09:15 AM



RESTORAN makanan segera, McDonald’s di Malaysia telah mengeluarkan sebuah iklan baru yang mempromosikan Nasi Lemak McD yang baru, berjudul 'Nasi Lemak MY vs SG'.



Ia bermula dengan seorang wanita Malaysia dan mungkin rakan lelakinya dari Singapura yang ingin makan malam di Lau Pa Sat.



Video itu juga memaparkan sikap dan budaya “kiasu” orang Singapura apabila dilihat teman lelakinya meletak paket-paket tisu di atas meja untuk mendapatkan tempat duduk serta memotong giliran waktu beratur untuk makanan. 







Setelah membeli hidangan Nasi Lemak dari warung bernama, “BEST Nasi Lemak Singapura,” lelaki itu hairan apabila kawannya menolak makanan itu.



Ternyata dia membawa nasi lemaknya sendiri dari Malaysia.



Kemudian, suara iklan dengan bangga menyatakan, "Tidak ada yang boleh memisahkan rakyat Malaysia dan makanan nasi lemak."



Menurut Asia One, ramai pengguna Internet yang meluahkan perasaan kecewa terhadap iklan itu dan menyatakan imej rakyat Singapura diserang olehnya.

 





Di Malaysia pula, terdapat pelbagai respons diterima terhadap iklan itu. Ada yang menunjukkan kebanggaan mereka terhadap makanan yang didapati di Malaysia. Ada juga yang menyatakan nasi lemak di Adam Road adalah baik. 







Cef selebriti Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail, lebih dikenali sebagai Chef Wan, pernah memberi pandangannya mengenai penyenaraian penjaja Singapura di Unesco. 



Beliau berkata, "Tidak perlu mengumumkan kepada dunia bahawa anda mempunyai ini atau itu."



“Kita sudah bertengkar atas sebab-sebab lain, seperti tuntutan wilayah, minyak, dan air," lalu menambah, "makanan seharusnya dinikmati oleh semua orang dan bukan untuk bertengkar bahawa siapa yang memilikinya.”



Namun, mengenai persoalan lama makanan Singapura berbanding dengan makanan Malaysia - buat apa bertengkar apabila ada ruang untuk menerima kedua-duanya?

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >