Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nato tidak sekata dalam isu perang Ukraine

Jan 21, 2023 | 06:45 PM



BRUSSELS: Peruntukan berbilion dolar dalam pembekalan senjata baru untuk Ukraine yang diumumkan bulan ini dilihat masih gagal menyatukan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dalam menamatkan perang Russia-Ukraine yang memasuki tempoh setahun itu.


Ini biarpun Britain, Amerika Syarikat (AS), Denmark, Sweden dan pelbagai negara Eropah lain menawarkan persenjataan canggih dan kenderaan tempur moden serta meriam jenis ‘howitzer’ bagi membantu Ukraine.


Pentagon percaya kemungkinan perang di Ukraine akan berlarutan, di mana Moscow akan cuba melemahkan Kyiv dengan serangan bertubi-tubi – menggunakan taktik serupa semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.


Di akhir mesyuarat di Jerman pada Jumaat, yang menyaksikan pertemuan puluhan negara yang membekalkan pelbagai keperluan peperangan untuk Ukraine, pengerusi Ketua Staf Bersama, Jeneral Mark A. Milley, mengulangi penilaiannya sejak musim gugur lalu, “tahun ini adalah sangat, sangat sukar untuk mengusir tentera Russia secara ketenteraan”, katanya.


Perkara terbaik yang boleh diharapkan ialah mendesak Russia ke meja rundingan – cara kebanyakan peperangan berakhir – walaupun diplomat kanan Amerika berkata mereka mempunyai jangkaan rendah Encik Putin akan menimbangkannya secara serius.


Jerman turut menegaskan keengganannya mengambil langkah pertama membekalkan kereta kebal tempur, Leopard 2, kerana bimbang ia menimbulkan kemarahan Moscow.


Canselor Olaf Scholz menegaskan dalam beberapa bulan kebelakangan ini bahawa beliau tidak akan membiarkan Jerman “bersendirian” dalam penghantaran senjata ke Ukraine, dan Jerman telah meminta AS menyumbang beberapa kereta kebal M1 Abrams sebagai sebahagian daripada pakej itu.


Pentagon bagaimanapun menolaknya, memberi alasan kenderaan itu  memerlukan penyelenggaraan berterusan yang tinggi. – Agensi berita.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >