Negara Arab, Islam kecam sekatan Israel ke atas gereja, masjid di Baitulmakdis
Negara Arab, Islam kecam sekatan Israel ke atas gereja, masjid di Baitulmakdis
Mar 31, 2026 | 1:53 PM
Negara Arab, Islam kecam sekatan Israel ke atas gereja, masjid di Baitulmakdis
Pasukan keselamatan Israel berkawal ketika jemaah Muslim berkumpul di luar tembok Kota Lama Baitulmakdis pada 20 Mac. - Foto AFP
BAITULMAKDIS: Beberapa negara Arab dan Islam pada 30 Mac mengecam tindakan Israel mengenakan sekatan terhadap jemaah Muslim dan Kristian di Baitulmakdis, termasuk menghalang akses ke tempat ibadat utama seperti Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci (Holy Sepulcher).
Dalam satu kenyataan bersama, negara termasuk Arab Saudi, Mesir, Jordan, Pakistan, Indonesia, Turkey, Qatar dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) menyifatkan tindakan tersebut sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Laporan berkaitan
Israel terus tutup Masjid Al-Aqsa untuk hari ke-24 berturut-turutMar 24, 2026 | 2:31 PM
Jemaah akhiri boikot, solat di Masjid Al-AqsaJul 18, 2024 | 11:45 AM

