Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Negara jiran India berwaspada, mula lihat lonjakan kes

May 01, 2021 | 05:30 AM



SEDANG keprihatinan sedunia memberi tumpuan terhadap India, dengan lebih 40 negara - baik miskin mahupun kaya - tampil menghulur bantuan, terdapat kebimbangan negara-negara di Asia Selatan juga berdepan lonjakan kes jangkitan Covid-19.



Pemeriksaan Berita Harian mendapati Pakistan, Bangladesh dan Nepal - kesemuanya berjiran dengan India - berdepan lonjakan kes.



Di Pakistan, seramai 5,112 didapati positif Covid-19 - peningkatan 10.4 peratus - dengan 131 terkorban sepanjang 24 jam lalu .



Sehingga kini, negara itu berdepan 91,574 jumlah kes positif, menurut perangkaan terbaharu yang didedahkan Kementerian Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Pakistan di Twitter pada 12 tengahari semalam.



Jumlah kes Covid-19 di Pakistan kini mencecah lebih 815,000 dengan kebanyakannya dilaporkan di Punjab.



"Kami bimbang keadaan menjadi bertambah buruk. Pemerintah telah kuatkuasakan perintah sekatan di serata negara," menurut seorang warga Pakistan, Encik Ahmad Shariff, 44 tahun, yang berada di Lahore, semasa dihubungi Berita Harian, kelmarin.



Senarai perintah sekatan yang dikeluarkan pemerintah Pakistan meliputi 20 kota merentasi Punjab, Sindh, Khyber Pakhtunkhwa, Azad Jammu, dan Kashmir, di mana situasi koronavirus amat buruk dan sekatan yang dilaksanakan gagal mengawal penularan virus.



Bangladesh turut menghadapi keadaan serupa. Selepas berbulan-bulan menyaksikan penurunan kes, ia meningkat 350 peratus pada Mac berbanding bulan sebelumnya.



Jumlah kematian juga mencecah 496 dari 281 kes pada February.



Bangladesh mencatatkan 2,341 kes baharu Covid-19 kelmarin, dengan 88 korban, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 756,955 kes dengan 11,393 kematian setakat ini, lapor Direktorat Agung Perkhidmatan Kesihatan.



Sepanjang 24 jam kelmarin, sebanyak 24,958 sampel telah dilakukan di serata Bangladesh.



Sebagai langkah mengekang penularan, pemerintah telah melaksanakan sekatan pergerakan di negara itu.



Dalam pada itu, pihak berkuasa Nepal kini terkapai-kapai dalam menghadapi lonjakan kes-kes positif Covid-19, dengan pakar kesihatan bimbang ribuan orang di negara banjaran Himalaya itu dijangkiti jenis virus yang lebih merbahaya yang merebak dari India.



Sebagai negara jiran, Nepal berkongsi sempadan panjang dan terbuka dengan India.



Ia sejauh ini telah mencatatkan lebih 312,000 kes jangkitan, dengan lebih 30,200 kes merupakan kes aktif, sementara 3,211 orang maut akibat Covid-19 sejauh ini, menurut data pemerintah kelmarin.



Dalam pada itu, kempen vaksinasi kebangsaan Bangladesh kini berdepan cabaran besar disebabkan penggantungan eksport sementara CovidShield oleh pemerintah India, yang menghasilkan vaksin OxfordAstrazeneca di Institut Serum India.



Pakistan pula telah membeli 78 peratus daripada vaksin yang ada dan menjangkakan bekalannya mencukupi sehingga bulan depan, menurut kementerian kesihatan Pakistan di Twitter.



India, yang sehingga beberapa minggu lalu merupakan pembekal vaksin dan perubatan sedunia, kini berdepan dengan kebanjiran pertolongan.



Setiausaha Ehwal Luar, Encik Harsh Vardhan Shringla, kelmarin berkata, Singapura merupakan diantara negara yang tampil membantu dengan menyumbang hampir 550 mesin penghasil oksigen, 4,000 pemekat oksigen, 10,000 balang oksigen, serta ubat-ubatan seperti ubat antivirus 'remdesivir' dan 'favipiravir'.



Keadaan benar-benar tenat di India dengan jumlah kes jangkitan melepasi 18 juta sekarang, dengan lebih 386,452 kes baharu dan jumlah kematian harian mencapai 3,498 orang sehari sepanjang 24 jam semalam, menjadikannya rekod terbesar dunia bagi kes jangkitan Covid-19 sehari-hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >